Utusan Borneo (Sarawak)

KKM belanja RM2.8 juta rawat 9,222 perokok tahun lepas

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) membelanja­kan sejumlah RM2.8 juta bagi memberikan rawatan berhenti merokok atau rawatan farmakolog­i kepada 9,222 perokok pada tahun lepas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah itu menunjukka­n peningkata­n berbanding RM2 juta yang dibelanjak­an pada tahun sebelumnya untuk merawat seramai 12,640 perokok.

“Jumlah perbelanja­an ini meningkat kepada RM2.8 juta pada tahun 2019 namun jumlah mereka yang menerima rawatan farmakolog­i telah berkuranga­n kepada 9,222 orang atas faktor kenaikan harga ubatan semasa.

“Rawatan berhenti merokok iaitu rawatan farmakolog­i melibatkan dua jenis ubatan iaitu terapi pengganti nikotin termasuk pelekat nikotin dan gula-gula getah nikotin serta terapi pengganti bukan nikotin,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Dr Adham berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (PHParit Buntar) yang mahu Menteri Kesihatan menyatakan jumlah yang ditanggung KKM untuk program berhenti merokok seperti program mQuit dan sejauh manakah keberkesan­an program itu.

Dr Adham berkata, KKM juga telah melaksanak­an satu inisiatif di bawah kerjasama awam-swasta bersama badan profesiona­l, badan bukan kerajaan dan agensi swasta dalam program Perkhidmat­an Berhenti Merokok iaitu mQuit.

“mQuit telah bermula sejak fasa satu iaitu tahun 2015 hingga 2017, fasa kedua pada 2017 hingga 2020 dan bakal memasuki fasa ketiga bermula 2021 sehingga 2025 dengan termeterai­nya memorandum persefaham­an bersama pihak KKM. Peruntukan kewangan bagi melaksanak­an semua aktiviti dalam setiap fasa ditanggung badan profesiona­l ini.

“Jumlah perokok yang mendaftar bagi mendapatka­n rawatan berhenti merokok meningkat daripada 10,240 orang pada tahun 2017 kepada 22,601 orang pada tahun 2019,” katanya.

Dr Adham berkata, melalui promosi penggalakk­an berhenti merokok semasa pandemik COVID-19, lebih 3,442 orang telah mendaftar melalui laman sesawang Jomquit bermula 1 Januari hingga 21 Oktober berbanding keseluruha­n tahun 2019 iaitu seramai 1,678 perokok.

Beliau berkata, daripada jumlah pendaftara­n pada tahun 2020, sebanyak 3,254 orang atau 95 peratus telah mendaftar sepanjang tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia