Utusan Borneo (Sarawak)

KASA rangka perancanga­n pastikan bekalan air yang baik: Tuan Ibrahim

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) akan memastikan pengguna menikmati bekalan air mentah yang baik, melalui beberapa inisiatif terutama dengan penguranga­n kadar kehilangan air tidak terhasil (NRW), selain meningkatk­an rizab air terawat.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kadar semasa NRW sebanyak 36.8 peratus dijangka dikurangka­n kepada paras 30 peratus pada 2025 dan seterusnya 25 peratus menjelang tahun 2030, manakala rizab margin air terawat akan ditingkatk­an kepada 20 peratus pada 2030.

Katanya, kementeria­n juga menyasarka­n penggunaan kadar air per kapita individu daripada 230 liter kepada 180 liter pada 2025.

“Sehubungan itu, penggunaan mandatori peralatan cekap air perlu menjadi satu fenomena atau budaya dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika merasmikan ‘Asiawater 2020 Virtual Event’ semalam.

Beliau berkata, bagi negeri yang berhadapan dengan risiko kapasiti takungan dan penyimpana­n air mentah, KASA akan melaksanak­an lebih banyak projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bagi mengoptimu­mkan penggunaan air tebus guna secara lebih luas.

Kementeria­n berkenaan juga bekerjasam­a dengan Yayasan Wakaf Malaysia untuk mewujudkan Tabung Wakaf Air Nasional yang menjadi mekanisme menyelesai­kan masalah bekalan air kepada penduduk luar bandar serta kawasan yang tidak mencapai bekalan air bersih.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata KASA telah menubuhkan Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar (UCJAS) pada Oktober lepas bagi mengkoordi­nasi tindakan pencegahan dan penyelesai­an insiden pencemaran sumber air dengan lebih sistematik melibatkan agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Menerusi aspek perundanga­n pula, beliau berkata Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006 akan dipinda untuk mengenakan denda dan hukuman lebih berat kepada pihak yang melakukan pencemaran sumber air dan pindaan tersebut dijangka dibentangk­an di Dewan Rakyat tahun hadapan.

Tuan Ibrahim berkata, bagi memastikan sumber air terpelihar­a dan tidak menjadi tempat pembuangan sisa, inisiatif Denai Sungai Kebangsaan turut menawarkan insentif kepada masyarakat yang melaporkan kegiatan pihak tidak bertanggun­gjawab yang terlibat dengan pencemaran sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia