Utusan Borneo (Sarawak)

Mauritania bebaskan kumpulan tuntut keadilan mangsa keganasan sivil

-

NOUAKCHOTT: Pihak polis Mauritania membebaska­n 42 orang kelmarin yang telah ditangkap selepas satu protes menuntut keadilan bagi mangsa-mangsa keganasan sivil antara tahun 1989 dan 1991, salah seorang daripada penganjur rali berkata.

Antara tuntutan lain, para balu dan keluarga mangsa ingin pemansuhan satu undang-undang pengampuna­n yang melindungi pesalah laku untuk jenayah yang dilakukan semasa ketegangan selama dua tahun di antara populasi kulit hitam dari negara Afrika barat dan Berber-Arab Moors.

Salah satu dari insiden paling berbahaya adalah tahun 1990 penggantun­gan 28 orang anggota tentera Mauritania yang berkulit hitam dituduh merancang satu rampasan kuasa.

Satu undang-undang pengampuna­n 1993 bermakna tiada sesiapa yang pernah dibicaraka­n bagi jenayah namun keluarga tersebut diberikan pampasan.

Seramai 40 orang telah ditangkap di ibu negara Nouakchott dalam satu tunjuk perasaan oleh para balu dan ahli keluarga mangsa keganasan, menurut kepada Lalla Aicha dari kumpulan hak asasi tempatan NGO FONAD.

Seramai dua orang lagi telah ditangkap di pekan selatan Bababe, di sempadan dengan Senegal, kata beliau.

Seorang anggota polis, yang meminta namanya dirahsiaka­n, mengesahka­n tangkapan tersebut kepada AFP dan menjelaska­n bahawa kerajaan tidak membenarka­n tunjuk perasaan tersebut.

Salah seorang dari penganjur protes, Dia Alassane, menyatakan semua tahanan telah dibebaskan kelmarin.

Bekas Presiden Mohamed Ould Abdel Aziz, yang mentadbir di antara 2008 dan 2019, meminta maaf bagi kejadian pada 1989-1991 namun banyak kumpulan hak asasi terus untuk menuntut akauntabil­iti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia