Utusan Borneo (Sarawak)

Empat maut, 24 cedera dalam rusuhan penjara di Sri Lanka

-

COLOMBO: Beberapa orang pengawal melepaskan tembakan kelmarin bagi mengawal rusuhan polis berhampira­n bandar utama Sri Lanka di mana sekurang-kurangnya empat banduan telah terkorban dan 24 orang tercedera ketika membantah satu peningkata­n jangkitan COVID19, menurut pihak berkuasa.

Jurucakap polis Ajith Rohana menyatakan para komando polis elit telah dikerahkan ke penjara Mahara di mana banduan merusuh menentang keadaan yang terlalu sesak serta menuntut bagi pembebasan mereka lebih awal.

“Pengawal di Mahara telah menggunaka­n kekerasan bagi mengawal satu situasi yang tidak terkawal,” menurut Rohana.

Pada mulanya pihak polis menyatakan seorang banduan telah terkorban dan tiga orang tercedera, namun doktor di hospital Ragama menyatakan mereka telah menerima mayat empat orang banduan, sementara seramai 24 orang lagi dimasukkan ke hospital akibat luka.

Pegawai penjara menyatakan banduan yang merusuh telah membakar ke satu bahagian di penjara dan anggota bomba telah dipanggil bagi memadamkan api.

Beberapa pasukan terdiri dari komando Pasukan Tugas Khas polis elit telah dihantar bagi mengawal keselamata­n di penjara, menurut jurucakap polis Rohana.

Perbalahan kelmarin merupakan kemuncak bagi ketegangan selama beberapa minggu di beberapa buah penjara di sekitar negara ketika jumlah kes Covid-19 di dalam penjara Sri Lankan telah melebihi 1,000 sehingga sabtu lepas. Dua orang banduan telah meninggal dunia akibat virus tersebut.

Pada minggu lepas, seorang banduan telah meninggal dunia ketika dia terjatuh selama cuba untuk memanjat dinding sebuah penjara di wilayah tengah Bogambara ketika keganasan di dalam penjara.

Penjara di seluruh negara diarahkan menjalani satu perintah kawalan pergerakan pada minggu lepas ketika pihak berkuasa melaporkan satu peningkata­n bagi jangkitan di kalangan banduan termasuk pengawal. Jumlah kematian Covid19 di seluruh negara turut bertambah enam kali ganda pada bulan ini kepada 116, sementara jumlah keseluruha­n jangkitan lebih dari dua kali ganda kepada 23,484.

Sri Lanka telah melaporkan 19 kematian daripada 10,424 orang yang dijangkiti pada hujung Oktober.

Negara kepulauan Asia Selatan dengan 21 juta orang penduduk ini telah mengakui berjaya dalam mengawal virus yang pertama dikesan pada 27 Januari pada seorang pelancong wanita China.

Sri Lanka meringanka­n satu perintah berkurung selama tiga bulan pada 28 Jun, namun satu gelombang kedua bagi jangkitan berlaku pada bulan lepas.

Pihak berkuasa telah menyatakan satu rangkaian terbaharu dan lebih berbisa bagi virus sekarang sedang merebak di pulau tersebut.

Beberapa buah sekolah di Wilayah Barat paling ramai penduduk di negara ini masih ditutup sementara beberapa bahagian di ibu negara turut berada di bawah kawalan pergerakan yang tegas sejak bulan lepas.

 ?? — Gambar AFP ?? RUSUHAN: Sebahagian daripada bumbung bangunan penjara Mahara di pinggir Colombo, Sri Lanka kelihatan musnah terbakar sehari selepas insiden rusuhan membantah lonjakan kes jangkitan COVID-19 di penjara tersebut.
— Gambar AFP RUSUHAN: Sebahagian daripada bumbung bangunan penjara Mahara di pinggir Colombo, Sri Lanka kelihatan musnah terbakar sehari selepas insiden rusuhan membantah lonjakan kes jangkitan COVID-19 di penjara tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia