Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Cuba dakwa bantahan artis adalah plot AS

-

HAVANA: Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel menyatakan kelmarin bahawa satu bantahan baru-baru ini di Havana oleh satu kolektif artis mengenai kebebasan bersuara merupakan ‘cubaan terakhir’ oleh pihak pentadbira­n Presiden AS Donald Trump ‘untuk mengguling­kan revolusi’.

“Kamu tahu mereka cuba untuk menipu kita. Mereka membentuk satu sarkas media,” Diaz-Canel memberutah­u beratus-ratus orang belia yang terlibat dalam satu acara ‘mempertaha­nkan revolusi’ di sebuah taman di ibu negara.

Bantahan merupakan ‘cubaan terakhir yang mana dilakukan oleh pihak Trump dan mafia anti-Cuba (di Miami)’.

Beliau menyatakan ia sebahagian daripada satu ‘strategi perang bukan konvension­al untuk cuba menjatuhka­n revolusi’.

Sekumpulan 14 orang, anggota atau pertubuhan bagi artis San Isidro Movement, baru-baru ini telah mengurungk­an diri mereka selama 10 hari di dalam sebuah rumah di Havana.

Mereka menuntut pembebasan seorang lagi anggota, penyanyi rap Denis Solis, dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan kerana unsur kebencian.

Mereka telah dihalau pada petang Khamis oleh pihak polis, yang menyatakan serbuan adalah perlu dilakukan disebabkan oleh protokol Covid-19 sejak seorang di sana yang telah tiba dari Mexico melalui Amerika Syarikat tanpa menjalani kuarantin yang sepatutnya.

Kementeria­n Luar Negara Cuba pada Sabtu lepas mengarahka­n pegawai petugas AS di Cuba, Timothy Zuniga-Brown, membidas “campur tangan provokatif dan terang-terangan” dengan San Isidro Movement.

Pada Jumaat lepas, kirakira 200 orang artis berkumpul selama beberapa jam di depan Kementeria­n Kebudayaan bagi mendesak untuk lebih banyak kebebasan bersuara, satu tunjuk perasaan yang jarang berlaku seumpamany­a di Cuba.

Satu delegasi yang mewakili penunjuk perasaan kemudian telah menemui Timbalan Menteri Fernando Rojas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia