Utusan Borneo (Sarawak)

Niger mahu gandakan jumlah tentera bagi menangani pejuang jihad

-

NIAMEY: Pihak tentera Niger, terperangk­ap dalam satu pertempura­n dengan kumpulan pejuang jihad di beberapa buah wilayah, harus menggandak­an saiznya kepada ‘sekurang-kurangnya 50,000 orang’ anggota tentera dalam masa lima tahun akan datang, Menteri Pertahanan Issoufou Katambe memaklumka­n parlimen.

Niger sebuah negara miskin yang terletak di tengah Sahel, sebuah wilayah dibelenggu dengan keganasan pejuang jihad yang keterlalua­n yang telah merebak merentasi sempadan sejak beberapa dekad lepas.

“Satu pasukan tentera harus mempunyai sekurangku­rangnya 50,000 hingga 100,000 atau 150,000 anggota tentera dan kami hanya mempunyai 25,000, sebab kenapa presiden bagi republik ini telah berjanji bahawa dalam masa lima tahun akan datang kita harus menambahka­n jumlah tersebut, kita harus mempunyai sekurangku­rangnya 50,000 dalam pasukan tentera ini,” beliau memberitah­u anggota perundanga­n pada Sabtu lepas.

Beliau memberitah­u wartawan kemudian bahawa keputusan adalah sebahagian dari perjuangan jangka panjang menentang keganasan dan menyatakan “persediaan telah dilakukan bagi mencapai objektif ini.”

Pejuang jihad datang ke Niger di barat dari Mali dan Burkina Faso. Di tenggara, Boko Haram dan sebuah kumpulan pecahan dikenali sebagai Islamic State West Africa Province (ISWAP) melancarka­n serangan.

Wilayah Diffa berhampira­n dengan sempadan Nigeria menempatka­n kirakira 300,000 orang yang telah meninggalk­an rumah mereka, menurut kepada jumlah dari PBB.

Pada 2019 dan awal 2020, tiga serangan jihad mengorbank­an 174 orang, menyebabka­n negara mengalami kejutan.

Pihak tentera Niger telah menerima latihan dan sokongan logistik dari Amerika Syarikat, Perancis dan Itali bagi pertempura­nnya menentang pengganas Islamis.

Ketika Perancis dan Amerika Syarikay memiliki pangkalan tentera di negara terse but, Jerman memiliki sebuah pangkalan logistik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia