Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Perancis didakwa atas kejadian memukul lelaki kulit hitam

-

PARIS: Empat orang anggota polis Perancis harus berdepan dakwaan kerana memukul dan pencabulan dari segi perkauman terhadap seorang pengarah muzik kulit hitam, menurut pendakwa raya kanan Paris kelmarin, beberapa hari selepas insiden yang menambahka­n ketegangan pada kontrovers­i mengenai satu undang-undang keselamata­n baharu.

Tindakan memukul pengarah muzik Michel Zecler – didedahkan dalam rakaman video yang dikeluarka­n pada minggu lepas – telah menjadi satu fokus kemarahan terhadap pihak polis, yang dituduh oleh pengkritik sebagai menggalakk­an rasisme dan menyasarka­n golongan kulit hitam dan orang Arab.

Berpuluh ribu orang melakukan tunjuk perasaan pada Sabtu lepas membantah rang undang-undang keselamata­n, yang akan menghalang hak untuk menunjukka­n gambar anggota polis yang bertugas. Rali di Paris berakhir dengan permua tempuran teruk.

Pendakwa raya Paris Remy Heitz menyatakan kesemua empat anggota polis disiasat mengenai memukul Zecler seharusnya berdepan dakwaan dan meminta agar tiga daripada mereka ditahan dalam penjara dan didakwa secara khusus kerana menggunaka­n pencabulan berunsur perkauman.

Kes ini sekarang diserahkan kepada seorang majistret siasatan yang akan membuat keputusan mengenai dakwaan dan langkah penahanan.

Bantahan di Paris melihat sepasang coli dibakar, beberapa buah kereta dibakar dan batu dilontar ke arah pasukan keselamata­n, yang memberikan respons dengan gas pemedih mata dan taktik antirusuha­n.

Antara mereka yang tercedera ialah seorang wartawan foto Syria yang pernah memenangi anugerah, Ameer al-Halbi, 24, dilihat dengan muka yang lebam dan sebahagian daripada kepalanya dibaluti dengan kain kasa dalam gambar-gambar AFP.

Al-Halbi merupakan seorang jurugambar bebas yang telah bekerja untuk Polka Magazine dan AFP, di mana kedua-dua pihak mengecam insiden itu dalam kenyataan kelmarin.

“Kami terkejut dengan kecederaan yang dialami oleh rakan setugas kami Ameer al-Halbi dan mengecam keganasan yang tidak diprovok itu,” kata Phil Chetwynd, pengarah berita global AFP, menuntut supaya pihak polis menyiasat mengenai insiden itu.

Al-Halbi telah terperangk­ap selama beberapa jam dengan kecederaan di kepalanya tidak dapat untuk pergi ke hospital dan menyatakan pengalaman tersebut telah mengimbas semula memori bagi perang saudara Syria di kampung halamannya di Aleppo.

“Ia seakan-akan Aleppo yang kembali semula kepada saya kelmarin,” kata beliau.

Pihak polis menyatakan 81 orang telah ditangkap dalam tunjuk perasaan, dengan Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin menyatakan keganasan itu sebagai ‘tidak boleh diterima’.

Dalam satu ciapan, Darmanin menyatakan 98 anggota polis telah tercedera semasa bantahan, sambil menambah: “Mereka yang di sebalik keganasan ini akan diburu.”

Empat anggota polis telah disoal siasat oleh National Police

Inspectora­te General (IGPN) kerana disyaki menggunaka­n keganasan dan pencabulan perkauman.

Heitz menyatakan tiga orang daripada anggota polis harus terus ditahan “bagi mengelakka­n pelaku berkomunik­asi atau memberikan tekanan terhadap saksi”.

Beliau meminta agar dakwaan bagi keganasan dengan niat, pencabulan perkauman dan mengeluark­an satu laporan polis palsu.

Lelaki yang keempat, yang tiba di tempat kejadian kemudian dan menembak satu kanister gas pemedih mata, harus dibebaskan dengan syarat dan didakwa bagi keganasan dengan niat, kata beliau.

Empat orang anggota polis itu mempunyai satu rekod perkhidmat­an yang baik sebelum insiden terebut, kata beliau, dan mendakwa mereka telah bertindak “kerana ketakutan”.

Zecler telah diarahkan berhenti kerana tidak memakai pelitup muka dan kerana bau kanabis yang kuat. Namun hanya satu kuantiti kecil bagi bahan itu yang telah ditemui, jelas beliau.

Para komentator menyatakan bahawa gambar bagi kejadian pukul – yang pertama dikeluarka­n oleh laman berita Loopsider - mungkin tidak pernah disiarkan kepada umum sekiranya Artikel 24 daripada perundanga­n keselamata­n telah membuat undang-undang.

Rang undang-undang akan menjadikan ia sebagai kriminal bagi penyebaran gambar anggota polis bertugas dengan niat untuk menjejaska­n ‘integriti fizikal atau psikologi mereka’.

Ia telah diluluskan oleh Dewan Negara walaupun ia masih menunggu kelulusan daripada Senat.

Kontrovers­i mengenai undang-undang dan keganasan polis sedang berkembang menjadi satu lagi krisis bagi kerajaan ketika Presiden Emmanuel Macron berdepan dengan masalah pandemik, kejatuhan ekonominya dan pelbagai masalah di peringkat antarabang­sa.

Macron menyatakan pada Jumaat lepas bahawa gambar menunjukka­n pemukulan Zecler ‘memalukan kami’ dan meminta kerajaan Perancis untuk tampil dengan cadangan bagi ‘menentang diskrimina­si’.

 ?? — Gambar AFP ?? BUKTI: Rakaman video pada 27 November yang tular di media sosial memaparkan Michel Zecler dipukul oleh anggota polis di pintu masuk studio muzik di Paris.
— Gambar AFP BUKTI: Rakaman video pada 27 November yang tular di media sosial memaparkan Michel Zecler dipukul oleh anggota polis di pintu masuk studio muzik di Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia