Utusan Borneo (Sarawak)

Ayob Khan nafi dakwaan 255 OKT mati dipukul dalam lokap di Johor

Hanya 23 kes, kebanyakan penagih dadah diklasifik­asi mati mengejut

-

JOHOR BAHRU: Polis Johor menafikan dakwaan terdapat 255 kematian membabitka­n orang kena tahan (OKT) akibat dipukul dalam lokap di negeri itu, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata, statistik menunjukka­n hanya 23 kematian melibatkan OKT direkodkan pada 2000 hingga 2014 dengan kebanyakan­nya adalah penagih dadah dan diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Beliau menyelar dakwaan menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Ganesh Nadaraja (dikenali sebagai N.Ganeshpara­n) yang tidak berpuas hati dan mempertika­i tindakan polis menahan seorang pejuang hak asasi manusia K. Haridas atas kesalahan mengugut pegawai polis pada 2017.

Katanya, hasil siasatan mendapati Ganeshpara­n yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan mempunyai tujuh rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 397 Kanun Keseksaan, Seksyen 160 Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Dia juga sudah lima kali ditangkap pada tahun 2010 hingga 2017. Individu ini telah keluar dari Malaysia pada 2 November 2017, pernah berada di Qatar dan kami percaya dia sekarang berada di Jerman. Sebab itu dia berani cakap, kalau berani baliklah Malaysia.

“Dakwaan yang dikeluarka­n bahawa 255 OKT mati dipukul dalam lokap memang tidak benar. Tidak tahu daripada mana dia dapat statistik,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam pada itu, Ayob Khan menjelaska­n dakwaan mengatakan Haridas dipukul oleh polis adalah tidak benar.

“Haridas bukan dipukul dalam lokap pihak polis. Haridas buat laporan bahawa dia dipukul sewaktu dalam tahanan reman penjara Ulu Choh. Isu tangkapan Haridas ini tidak timbul kerana dia ditahan atas kesalahan lepas iaitu pada 2017… kes berkaitan kenyataann­ya

“Dia juga sudah lima kali ditangkap pada tahun 2010 hingga 2017. Individu ini telah keluar dari Malaysia pada 2 November 2017, pernah berada di Qatar dan kami percaya dia sekarang berada di Jerman. Sebab itu dia berani cakap, kalau berani baliklah Malaysia. ”

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Ketua Polis Johor

terhadap saya itu dalam kertas siasatan,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi enam minit 67 saat yang dimuat naik kelmarin di Facebook individu berkenaan dipercayai kerana tidak berpuas hati berikutan penahanan Haridas serta beberapa dakwaan lain. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Ayob Khan (tengah) menunjukka­n pelbagai jenis dadah yang dirampas bernilai RM737,000 menerusi tiga serbuan di Seri Alam pada Khamis dan Jumaat lepas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Ayob Khan (tengah) menunjukka­n pelbagai jenis dadah yang dirampas bernilai RM737,000 menerusi tiga serbuan di Seri Alam pada Khamis dan Jumaat lepas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia