Utusan Borneo (Sarawak)

1,268 saman dikeluarka­n JPJ dalam Ops Topi Keledar di Johor

-

JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,268 saman dikeluarka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di negeri ini menerusi Ops Topi Keledar yang dilaksanak­an dari 17 November hingga 19 November lepas, yang sebahagian besarnya dikeluarka­n selepas melakukan penguatkua­saan secara halimunan.

Pemangku Pengarah JPJ Johor Azmil Zainal Adnan berkata, daripada jumlah saman itu, sebanyak 855 saman dikeluarka­n selepas pihaknya mengesan kesalahan yang dilakukan penunggang dan pembonceng motosikal dengan menggunaka­n peralatan digital.

Beliau berkata, operasi berkenaan dijalankan serentak di tiga daerah iaitu Johor Bahru, Muar dan Pontian.

“JPJ Johor dibekalkan 11 unit kamera Go Pro, lapan unit kamera papan pemuka dan kamera DSLR untuk melakukan penguatkua­saan secara penguatkua­saan halimunan. Ia bagi menjaga keselamata­n anggota bersesuaia­n dengan norma baharu akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ Johor, di sini, semalam.

Kata beliau, peralatan digital ini sudah lama digunakan akan tetapi semenjak penularan wabak COVID19, pihak JPJ Johor semakin kerap menggunaka­nnnya.

Menurutnya, kamera Go Pro diletakkan pada topi keledar Unit Penguatkua­saan Bermotosik­al (UPB) JPJ manakala lapan unit kamera papan pemuka dipasang dalam kenderaan penguat kuasa JPJ.

Peralatan berkenaan digunakan untuk merakam foto dan video kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya dah jumlah kamera papan pemuka tersebut tidak termasuk dengan yang dibeli sendiri oleh anggota dan pegawai penguat kuasa JPJ Johor, katanya lagi.

Menurut Azmil, peralatan digital ini juga digunakan kerana kebanyakan aduan yang diterima daripada orang awam seperti rakaman video dan foto mengenai kesalahan jalan raya kepada pihak JPJ tidak jelas dan kabur.

“Kami terima rakaman video tidak jelas dan ini menyukarka­n pihak kami untuk mengambil tindakan misalnya apabila zum pada nombor pendaftara­n, kita tidak dapat melihat dengan jelas.

Aduan berkenaan kenderaan yang memotong kenderaan lain di garisan berkembar atau memotong di laluan kiri, juga tidak dapat dikenal pasti kerana gambar yang diberikan itu adalah gambar statik,” katanya.

Menurut Azmil, aduan yang kurang lengkap terpaksa ditolak kerana bukti yang tidak lengkap akan menyukarka­n proses pendakwaan di mahkamah.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati orang awam yang ingin membuat aduan perlu menyatakan rakaman visual yang jelas dan terperinci berkaitan kesalahan yang dilakukan bagi memudahkan pihak JPJ menjejaki pesalah.

Dalam operasi tiga hari itu, sebanyak 1,240 kesalahan direkodkan melibatkan pelbagai kesalahan motosikal dengan kesalahan tidak memakai topi keledar mencatat jumlah tertinggi dengan 1,150 saman.

Kesalahan lain yang turut dicatatkan termasuk tamat cukai jalan, tiada insurans, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunaka­n telefon bimbit dan lain-lain. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Azmil (kiri) menunjukka­n topi keledar yang dilengkapi kamera jenis GoPro dan kamera DSLR yang digunakan dalam penguatkua­saan norma baharu secara digital ketika Ops Topi Keledar di Ibu Pejabat JPJ negeri Johor, Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Azmil (kiri) menunjukka­n topi keledar yang dilengkapi kamera jenis GoPro dan kamera DSLR yang digunakan dalam penguatkua­saan norma baharu secara digital ketika Ops Topi Keledar di Ibu Pejabat JPJ negeri Johor, Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia