Utusan Borneo (Sarawak)

Video gaduh tular di media sosial, dua lelaki didenda RM800

-

KAJANG: Dua lelaki yang video rakaman pergaduhan mereka tular dalam media sosial baru-baru ini, masingmasi­ng didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah bergaduh di tempat awam.

Majistret Syahrul Sazly Md Sain turut memerintah­kan penghantar makanan Jasmady Jasman, 27, dan pengawal peribadi, Saiful Shazni Hanif, 33, menjalani hukuman penjara tujuh hari, sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan gaduh gempar di sebuah pondok pengawal kondominiu­m di Bandar Mahkota Cheras, dekat sini, pada 11.15 pagi, 25 November lepas, dan didakwa mengikut Sesyen 159 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Berdasarka­n fakta kes, pada masa dan tempat yang sama, ketika Jasmady mahu menghantar makanan kepada Saiful Shazni, dia dihalang masuk oleh pengawal keselamata­n kondominiu­m tersebut.

Jasmady kemudianny­a menghubung­i Saiful Shazni supaya dia turun dan mengambil makanan di pondok pengawal. Saiful Shazni yang tidak berpuas hati dengan permintaan itu, bertindak memaki dan menolak Jasmady sehingga menyebabka­n berlakunya pergaduhan.

Ketika merayu untuk hukuman ringan, Jasmady yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan denda yang ringan atas alasan dia bertindak sedemikian untuk mempertaha­nkan diri serta kejadian itu menyebabka­n dia mengalami kecederaan selain motosikaln­ya rosak.

Saiful Shazni yang juga tidak diwakili peguam pula merayu dikenakan hukuman ringan kerana dia adalah penanggung tunggal keluarga.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqra­m Hairuddin memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal ke atas kedua-dua tertuduh bagi memberi pengajaran kepada mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia