Utusan Borneo (Sarawak)

Jurujual mabuk sebabkan kematian operator kilang didakwa

-

KAJANG: Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabka­n kematian seorang operator kilang di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Jumaat lepas.

Tertuduh Hoi Yew Seng, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.

Mengikut pertuduhan, Hoi didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabka­n kematian penunggang motosikal, Nelzin Didal Mat Lazim, 44, di kilometer 3.8 LEKAS, Hulu Langat, di sini, pada 11.35 pagi, 27 November lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (b) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333/87) yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda RM50,000 serta hilang kelayakan memandu selama 10 tahun.

Terdahulu, Hoi yang berada di dalam kandang tertuduh hanya menundukka­n kepala sepanjang prosiding yang bermula kira-kira jam 10.30 pagi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairul Iqram Hairuddin menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili peguam Tan Teck Yew memohon mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan alasan perniagaan anak guamnya sangat terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula.

“Tertuduh juga mempunyai tiga anak yang masih bersekolah serta isteri tidak bekerja,” katanya.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.

Syahrul Sazly turut menetapkan 4 Februari tahun hadapan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Hoi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kajang semalam atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabka­n kematian seorang operator kilang di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Jumaat lepas.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Hoi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kajang semalam atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabka­n kematian seorang operator kilang di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia