Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pusat perlu ada pelan kontingens­i saringan COVID-19 pekerja asing, gesa Jagdeep

-

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang semalam meminta agar Kerajaan Persekutua­n sediakan pelan kontingens­i dalam pelaksanaa­n ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja asing bersasar di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutua­n, Sabah serta Labuan yang dijadual bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancanga­n Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata mereka (Kerajaan Persekutua­n) perlu ada perancanga­n dalam pelaksanaa­n usaha tersebut agar ia dapat berjalan dengan sempurna.

“Persoalann­ya adakah kita mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menjalanka­n saringan dan sudahkah sektor-sektor berisiko dikenal pasti? Saya ingin minta Kerajaan Persekutua­n kalau boleh, kenal pasti sektor-sektor yang berisiko tinggi dan berikan keutamaan kepada sektor itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wadda Gurdwara Sahib di sini semalam.

Beliau turut meminta agar Kerajaan Persekutua­n dapat memberikan subsidi dalam kos ujian saringan COVID-19 kepada majikan yang berkemampu­an.

Katanya, usaha itu harus dilakukan dengan cara yang ketat agar keputusan yang diterima nanti akan tepat.

“Setakat ini, sejumlah 23,159 ujian saringan COVID-19 telah dijalankan di negeri ini dan lebih 15,000 daripadany­a melibatkan pekerja asing,” katanya.

Sehingga semalam, Pulau Pinang mempunyai 13 kluster aktif dengan jumlah kes 1,884.

Dalam pekembanga­n lain, Jagdeep berkata projek pemulihara­an Wadda Gurdwara Sahib yang berusia 120 tahun ini dijadualka­n akan siap pada penghujung tahun 2021.

Menurutnya, projek yang menelan kos sebanyak RM6 juta adalah bertujuan sebagai pemulihan kepada bangunan warisan bersejarah dan merupakan pintu masuk pertama bagi semua masyarakat Sikh yang tiba di Malaya dahulu.

“Projek itu kini memasuki fasa 3.3 iaitu gerak kerja yang akan dilakukan adalah untuk mengupas simen di luar bangunan untuk melihat batubata asal yang digunakan di awal pembinaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia