Utusan Borneo (Sarawak)

Kutipan cukai untung luar biasa sawit dijangka cecah RM500 juta

Tidak mustahil jika harga MSM terus melebihi RM3,000 setan metrik

-

Kita berharap dengan pengeluara­n dan permintaan serta keadaan cuaca yang baik, adalah tidak mustahil ia boleh mencecah sekitar RM500 juta tahun depan, ketika negara menghadapi

” cabaran ekonomi.

BANGI: Kerajaan dijangka memperoleh hasil kutipan cukai untung luar biasa daripada sawit sekitar RM500 juta pada 2021 jika harga minyak sawit mentah (MSM) mencatat antara RM3,000 hingga RM3,500 setan metrik berbanding jangkaan RM348 juta tahun ini.

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata kutipan hasil tersebut tidak mustahil sekiranya harga MSM kekal berterusan pada paras melebihi RM3,000 setan metrik.

“Jangkaan hasil sebanyak RM348 juta bagi tahun ini adalah anggaran peningkata­n harga MSM bermula sejak Jun.

“Kita berharap dengan pengeluara­n dan permintaan serta keadaan cuaca yang baik, adalah tidak mustahil ia boleh mencecah sekitar RM500 juta tahun depan, ketika negara menghadapi cabaran ekonomi,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Pengerusi MPOB

Pada 2019, hasil kutipan cukai untung luar biasa berjumlah RM256,000.

Dalam sidang media itu, Ahmad Jazlan berkata India diunjurkan akan terus mengimport minyak sawit mentah dari Malaysia pada tahun depan dengan pertumbuha­n sebanyak dua angka.

Ini didorong oleh penguranga­n duti kastam ke atas MSM oleh India kepada 27.5 peratus daripada 37.5 peratus pada 27 November 2020.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2020, eksport minyak sawit ke India berjumlah 1.97 juta tan dengan nilai

RM5.15 bilion.

Sejak Jun 2020, permintaan dari India mula meningkat ekoran pertambaha­n stok di negara berkenaan dan permintaan yang mulai pulih kesan pelonggara­n perintah berkurung dan keadaan ekonomi yang beransur baik.

Dalam pada itu, berikutan pelaksanaa­n baharu Arahan Ses (Cukai Khas) 2020 oleh MPOB yang dijadual berkuatkua­sa pada 1 Januari 2021, beliau berkata perkara tersebut masih dalam peringkat kajian dan perbincang­an.

“Kutipan Arahan Ses ini kita pilih pada masa yang sesuai, contohnya ketika minyak kelapa sawit berada pada paras tertinggi semenjak tempoh lapan tahun.

“... dan kutipan Ses (secara sekali beri RM5) kita pulangkan semula untuk kelestaria­n industri sawit dan kemampanan­nya untuk kekal berdaya saing, bukan untuk simpanan MPOB.

Menurut Ahmad Jazlan, hasil kutipan Ses ini sebenarnya tidak mencukupi bagi pengurusan MPOB secara keseluruha­n, kerana ia perlu diagihkan kepada Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), iaitu entiti berasingan yang menjalanka­n aktiviti dan kempen berkaitan sawit.

Arahah Ses 2020 MPOB yang baharu menetapkan pembayaran tambahan sebanyak RM5 ses setiap tan MSM dan minyak isirung sawit mentah (CPKO) yang dihasilkan, melebihi jumlah keseluruha­n semasa sebanyak RM14 satu tan MSM yang dihasilkan. — Bernama

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia