Utusan Borneo (Sarawak)

Rang Undang-undang Perbekalan 2021 bagi JPM lulus peringkat jawatankua­sa

-

KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis akan mengadakan perbincang­an dengan pihak berkuasa sempadan Thailand dalam hal membabitka­n kepentinga­n bersama melibatkan pelbagai bidang terutama isu keselamata­n sempadan.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana dan Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Rozaini Rais berkata perbincang­an tersebut akan dilaksanak­an sebaik sahaja pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka sepenuhnya nanti.

“Dengan perkembang­an semasa di kawasan sempadan sekarang, amat wajar sekali perbincang­an itu diadakan segera supaya dapat mencapai kata sepakat untuk kepentinga­n bersama,” katanya kepada Bernama.

Ketika ini isu keselamata­n sempadan Malaysia-Thailand hangat diperkatak­an. Selasa lepas, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mendiang Sarjan Baharuddin

Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar.

Rozaini berkata perbincang­an yang bakal diadakan nanti turut merangkumi aspek ekonomi dan perdaganga­n dua hala, pelanconga­n, kebudayaan dan sukan. Dalam perkembang­an lain, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu akan mengadakan majlis penganuger­ahan diploma dan ijazah secara janji temu selama tiga hari bermula 5 Disember ini.

Rektor UiTM Cawangan Terengganu Prof Madya Ts Dr Mazidah Puteh berkata seramai 289 graduan akan menghadiri penganuger­ahan itu yang diadakan di kampus Dungun.

“Graduan telah memilih sendiri kampus yang terdekat dengan alamat tempat tinggal mereka. — Bernama

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankua­sa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi undi belah bahagian.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumka­n keputusan undian berkata sejumlah 105 undi menyokong, 95 tidak bersetuju, manakala 20 Ahli Parlimen tidak hadir.

Undi belah bahagian itu diadakan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun meminta proses belah bahagian dilakukan.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankua­sa bagi JPM, menyentuh isu yang dibangkitk­an Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai jumlah pelantikan anggota pentadbira­n yang besar.

Mohd Redzuan berkata pelantikan itu berdasarka­n keperluan kerajaan terutama dalam memastikan segala program dan projek kerajaan dilaksanak­an dengan cekap, lancar serta memberi impak yang lebih bermakna.

“Dalam hal ini, jumlah anggota pentadbir Perikatan Nasional tak terlalu besar, walaupun ada penambahan berbanding ketika kerajaan Pakatan Harapan. Ini dibuat atas keperluan semasa bagi memastikan segala projek kerajaan berjalan lancar dan memberi impak yang lebih bermakna,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika menggulung perbahasan bagi pihak portfolio beliau, berkata lebih dari RM536 juta zakat dikutip oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) khusus untuk membantu mereka yang terjejas ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Bagi inisiatif sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa bermula Mac lepas, menurutnya MAIWP membelanja­kan hampir RM75 juta untuk membantu mereka yang terjejas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan ketika menggulung isu berkaitan Parlimen dan Undang-undang pula berkata kerajaan sedang meneliti penubuhan Akta Perkhidmat­an Parlimen.

Menurutnya, berdasarka­n libat urus dan tinjauan yang dijalankan terhadap pegawai yang sedang berkhidmat di Parlimen mereka lebih cenderung agar perkhidmat­an Parlimen dibuat secara terbuka atau ‘open service’ kerana menganggap ia lebih baik dari segi kenaikan pangkat dan peluang kerjaya yang lebih luas.

“Akta Perkhidmat­an Parlimen yang pada asalnya ditubuhkan pada 1963 tapi telah dibatalkan pada 20 Nov 1992. Untuk maklumat, draf Rang Undang-undang Suruhanjay­a Perkhidmat­an Parlimen sebenarnya telah ada disediakan. Namun demikian kerajaan memperhalu­si dan meneliti kembali penubuhan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Parlimen ini,” katanya.

Terdahulu, seramai 18 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkan­g mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undangunda­ng Perbekalan 2021 di peringkat Jawatankua­sa bagi JPM selama kira-kira satu jam 45 minit. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNDI: Reaksi Ahli Parlimen Kulai Teo Ni Ching ketika undian belah bahagian rang undang-undang perbekalan peringkat jawatankua­sa bagi Jabatan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat semalam.
— Gambar Bernama UNDI: Reaksi Ahli Parlimen Kulai Teo Ni Ching ketika undian belah bahagian rang undang-undang perbekalan peringkat jawatankua­sa bagi Jabatan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia