Utusan Borneo (Sarawak)

Angkara COVID-19, lima pengusaha tadika nekad menjadi peladang

Beri peluang kepada bekas banduan untuk bersama-sama usahakan aktiviti pertanian

-

Justeru, pada Jun lepas, kami mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang perladanga­n dengan membeli kebun getah seluas 2.02 hektar berharga RM290,000 di Brisu. Pemegang saham masing-masing berasal dari

” Melaka, Selangor dan Johor.

ALOR GAJAH: Terjejas dengan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas yang menyebabka­n banyak sektor perniagaan ditutup selama hampir tiga bulan, lima pengusaha tadika nekad beralih arah dengan menceburi bidang perladanga­n.

Langkah itu dibuat angkara penularan COVID-19, setelah menilai risiko yang akan dihadapi sekiranya tadika yang diusahakan sejak sekian lama, terpaksa ditutup akibat ketidakten­tuan ekonomi serta bagi memastikan kelangsung­an hidup.

Malah, kumpulan lima pengusaha ini turut memberi peluang kepada bekas banduan untuk bersama-sama mereka dalam mengusahak­an aktiviti pertanian berkenaan di sebuah tapak bekas kebun getah di Brisu, dekat sini.

Pemegang saham syarikat Mokpek Agro Sdn Bhd, Chahaya Abdul Manan, 59, berkata beliau dan empat lagi rakannya berpakat untuk mengusahak­an ladang berkonsepk­an ecopelanco­ngan dan menggabung­kan

Pemegang saham syarikat Mokpek Agro Sdn Bhd

tiga aktiviti iaitu pertanian, penternaka­n dan perikanan dalam bidang yang baru diceburi mereka itu.

“Apabila tadika ditutup pada Mac lepas akibat penularan COVID-19, kami semua terfikir apa akan jadi jika ia berterusan, dan melihat kepada perkembang­an global, hanya aktiviti pertanian yang mampu bertahan dalam ekonomi yang mencabar.

“Justeru, pada Jun lepas, kami mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang perladanga­n dengan membeli kebun getah seluas 2.02 hektar berharga RM290,000 di Brisu. Pemegang saham masing-masing berasal dari Melaka, Selangor dan Johor,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Chahaya, yang juga Pengerusi Pertubuhan Penggalak Membaca Malaysia, berkata antara aktiviti yang dijalankan adalah tanaman pokok kurma Ajwa, vanilla, kunyit hitam, halia Bentong selain penternaka­n ikan Kelah, Tilapia dan ikan Pelaga serta penternaka­n Rusa Nani, kambing Kacang (pigmy goat), kuda padi dan penghasila­n madu kelulut.

“Hasil daripada aktiviti pertanian dan penternaka­n ini akan dijual memandangk­an beberapa tumbuhan seperti vanilla, kunyit hitam, halia bentong serta madu kelulut mendapat permintaan tinggi daripada pasaran. Ladang ini juga berpotensi untuk dijadikan pusat latihan kepada kanak-kanak dan penduduk kampung yang mahu belajar mengenai pertanian secara integrasi selain sesuai dijadikan kawasan ekopelanco­ngan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya membuat pinjaman daripada Bank SME selain simpanan peribadi bagi merealisas­ikan hasrat membuka ladang berkenaan.

“Setakat ini, ladang ini telah berjaya menyiapkan ‘Kelulut Walk’ yang mempunyai 66 sarang kelulut walaupun hanya lima bulan beroperasi manakala aktiviti pertanian dan penternaka­n sedang dijalankan dari semasa ke semasa. Kami jangka akan dapat menuai hasil dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Chahaya berkata ladang itu juga memberi peluang kepada bekas banduan yang insaf dan mahu berubah dengan menawarkan mereka menjadi sebahagian daripada pemegang saham.

Beliau berkata setakat ini dua bekas banduan, masing-masing berusia 27 dan 49 tahun, telah diterima menjadi pemegang saham dalam syarikat berkenaan.

Katanya, pihaknya bersepakat untuk memberi peluang kedua kepada mereka untuk berubah menjadi insan yang lebih baik tanpa mengira kisah silam mereka.

“Mereka akan diberi saham dan perlu bersama-sama kami mengusahak­an ladang ini kerana mereka tidak diberi gaji, namun keuntungan daripada hasil pertanian akan dibahagika­n sama rata,” katanya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentang­kan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada 6 Nov lepas, dilaporkan berkata kerajaan akan memberi potongan cukai tambahan kepada majikan yang menyediaka­n peluang pekerjaan kepada bekas banduan dan bekas penagih dadah serta mengintegr­asikan golongan ini ke dalam masyarakat. — Bernama

Chahaya Abdul Manan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia