Utusan Borneo (Sarawak)

PKPB: Zoo Taiping, Night Safari jangka alami kerugian lebih RM500,000

-

TAIPING: Zoo Taiping dan Night Safari di sini dijangka mengalami kerugian antara RM500,000 hingga RM600,000 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa 9 Nov hingga 6 Dis ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir berkata kerugian itu susulan kemerosota­n hasil kutipan tiket sehingga 95 peratus.

“Kemerosota­n itu amat ketara dengan kedatangan pengunjung antara 20 orang hingga 60 orang setiap hari,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penuh MPT di sini semalam.

Bagaimanap­un beliau berkata penjagaan makanan haiwan masih dapat ditanggung dengan kos RM150,000 sebulan serta kos operasi selain gaji kakitangan yang memerlukan perbelanja­an lingkungan RM350,000 hingga RM400,000 sebulan.

Katanya MPT akan menjalanka­n kerja menaik taraf kandang burung enggang, helang, pameran ular dan bumbung dengan kos RM1.8 juta di zoo berkenaan pada Januari tahun depan melalui projek sumbangan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Beliau berkata selain peruntukan itu, Perhilitan turut memberikan bantuan penyelengg­araan makanan haiwan selama empat bulan sejak Ogos lepas hingga November ini bagi mengurangk­an beban pihak zoo.

Khairul Amir berkata kerajaan negeri juga memperuntu­kkan RM150,000 bagi kerja menaik taraf tandas dan kipas di kawasan zoo itu.

Dalam perkembang­an lain, Khairul Amir berkata

MPTakanmen­aikkankada­r baharu kompaun bagi kesalahan tempat letak kereta dari RM20 kepada RM30 bagi kesalahan dalam petak letak kereta dan kadar RM50 dinaikkan kepada RM60 bagi kesalahan luar petak kereta di bawah Perintah Pengangkut­an Jalan (Peruntukan Tempat Letak kereta) MPT 2004 mulai 1 Jan depan.

MPT juga akan melaksanak­an tawaran penguranga­n bayaran kompaun sebanyak 50 peratus bermula 1 Dis hingga 31 Dis ini bagi kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Perintah Pengangkut­an Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPT 2004.

Bagaimanap­un penguranga­n bayaran kompaun itu tidak termasuk bagi keskes sedang dalam tindakan pendakwaan dan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Kebersihan Awam (MPT) 1984. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALAMI KERUGIAN: Pintu masuk ke Zoo Taiping & Night Safari yang kini sunyi sejak PKPB pada 9 November hingga 6 Disember ini. Disebabkan arahan PKPB tersebut, pengunjung dari luar daerah dan negeri tidak dapat berkunjung ke zoo berkenaan ketika musim cuti persekolah­an ini.
— Gambar Bernama ALAMI KERUGIAN: Pintu masuk ke Zoo Taiping & Night Safari yang kini sunyi sejak PKPB pada 9 November hingga 6 Disember ini. Disebabkan arahan PKPB tersebut, pengunjung dari luar daerah dan negeri tidak dapat berkunjung ke zoo berkenaan ketika musim cuti persekolah­an ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia