Utusan Borneo (Sarawak)

Tottenham kembali ke persada liga, Cavani semarak kebangkita­n Man United

Skuad bimbingan Jose Mourinho itu memintas pendahulu liga sebelum ini, Liverpool dengan kelebihan gol selepas keputusan seri di Stamford Bridge

-

LONDON:Tottenhamk­embali ke singgahsan­a Liga Perdana Inggeris selepas seri tanpa jaringan dengan Chelsea sementara Edinson Cavani membangkit­kan kebangkita­n Manchester United ketika menang 3-2 di Southampto­n pada Ahad.

Spurs, yang dibimbing Jose Mourinho, memintas pendahulu liga sebelum ini, Liverpool dengan kelebihan gol selepas keputusan seri di Stamford Bridge.

Pada perlawanan lain, Wolves mengejutka­n Arsenal di Stadium Emirates walaupun melihat penyerang mereka, Raul Jimenez, dikejarkan ke hospital selepas kecederaan di bahagian kepala.

Tottenham masih belum tewas dari sembilan perlawanan liga dan Mourinho kelihatan gembira untuk mengecewak­an bekas kelabnya ketika mereka mengambil pendekatan bermain secara berhati-hati.

“Ia adalah satu perlawanan di mana kami menghormat­i mereka dan mereka juga menghormat­i kami. Tiada siapa mengambil risiko hari ini atau cuba mengubah corak permainan,” kata Mourinho.

“Saya suka berada di kemuncak liga. Kami datang dari kedudukan yang sukar musim lepas dan kami gembira dengan semua itu.”

Chelsea belum tewas pada 11 perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an dan berada di tangga ketiga liga, dua mata di belakang Tottenham dan Liverpool, yang seri 1-1 di Brighton pada perlawanan Sabtu lepas.

“Ia berlaku seperti yang dijangkaka­n. Saya fikir kami mempunyai penguasaan bola. Kami mencipta cukup peluang untuk menang,” kata pengurus Chelsea, Frank Lampard.

“Tanpa bolos menentang pasukan yang gemar melancarka­n serangan pantas, ia sesuatu yang hebat. Kami tidak memberikan (Harry) Kane atau Son (Heung-min) sebarang ruang.”

Timor Werner ada menjaringk­an gol untuk Chelsea pada awal permainan tetapi gol beliau tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Pemain tengah Chelsea, Mason Mount, juga menguji penjaga gol Spurs, Hugo Lloris pada separuh masa kedua sementara pemain gantian, Olivier Giroud seharusnya melakukan penyudah lebih kemas selain rembatan tepat ke arah Lloris pada minit kecederaan.

Keputusan seri di barat kota London adalah berbeza dengan kebangkita­n dramatik United selepas ketinggala­n dua gol pada perlawanan di St Mary.

United membayangk­an satu lagi kekalahan selepas Southampto­n mendahului 2-0 menerusi jaringan Jan Bednarek dan James WardProwse pada masa rehat.

Tetapi Cavani melancarka­n kebangkita­n United selepas dimasukkan pada masa rehat.

Beliau mengumpan bola kepada Bruno Fernandes untuk merapatkan kedudukan sebelum menjaringk­an gol penyamaan.

Beliau melengkapk­an kebangkita­n United dengan gol ketiga perlawanan dan juga gol ketiga sejak tiba di Old Trafford pada bulan Oktober untuk memberikan United kemenangan keempat dalam semua pertanding­an.

“Sudah tentu ia impak yang hebat. Beliau penyerang yang mahu berada di hadapan pintu gol lawan, beliau sentiasa bergerak. Saya gembira dengan beliau,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

“Ia adalah pergerakan yang hebat. Kesungguha­n beliau melaksanak­an tugas adalah kunci untuk seorang penyerang tengah.”

Cavani adalah pemain kedua yang terlibat dalam kesemua tiga gol dalam Liga Perdana selepas dimasukkan sebagai pemain gantian untuk United sejak Solskjaer menjaringk­an empat gol ketika menentang Nottingham Forest pada 1999.

United naik ke tangga ketujuh liga, dua mata di luar slot kelayakan ke Liga

(tangga keempat) selepas mencipta rekod kelab memenangi empat perlawanan liga berturut-turut di tempat lawan.

“Ia satu sifat Manchester United yang tidak pernah mengalah. Setiap seorang pemain, tiada sebarang ruang untuk mengalah,” kata Solskjaer.

Di Emirates, Jimenez memerlukan rawatan selama 10 minit selepas berlanggar kepala dengan pemain pertahanan Arsenal, David Luiz.

Luiz dibenarkan untuk meneruskan permainan tetapi Jimenez terpaksa dikejarkan ke hospital dengan laporan mendakwa beliau sudah sedar dan menerima rawatan.

Pedro Neto meletakkan Wolves di hadapan pada minit ke-27 tetapi Gabriel Magalhaes mengikat kedudukan buat Arsenal tiga minit kemudian.

Daniel Podence menjaringk­an gol kemenangan Wolves pada minit ke-42 dan menyebabka­n Arsenal tercicir ke tangga ke-14 selepas tanpa kemenangan dari tiga perlawanan.

“Ia adalah satu perlawanan di mana kami menghormat­i mereka dan mereka juga menghormat­i kami. Tiada siapa mengambil risiko hari ini atau cuba mengubah corak permainan. ”

Jose Mourinho

Ketua Jurulatih Tottenham Hotspur

 ?? — Gambar AFP ?? PEMBUKA TIRAI: Jan Bednarek (kanan) menjaringk­an gol pembukaan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Southampto­n dan Manchester United di Stadium St Mary di Southampto­n, England, kelmarin.
— Gambar AFP PEMBUKA TIRAI: Jan Bednarek (kanan) menjaringk­an gol pembukaan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Southampto­n dan Manchester United di Stadium St Mary di Southampto­n, England, kelmarin.
 ??  ?? CAVANI
CAVANI
 ?? — Gambar AFP ?? DIASAK: Pemain pertahanan Tottenham Hotspur Serge Aurier (kiri) bersaing dengan Timo Werner pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Tottenham Hotspur di Stamford Bridge, London, kelmarin.
— Gambar AFP DIASAK: Pemain pertahanan Tottenham Hotspur Serge Aurier (kiri) bersaing dengan Timo Werner pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Tottenham Hotspur di Stamford Bridge, London, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia