Utusan Borneo (Sarawak)

Messi, Barcelona mengenang Maradona dengan kemenangan bergaya

-

Barcelona pada Ahad mengikuti nasihat jurulatih Ronald Koeman dan memberikan penghormat­an kepada bekas pemain, Diego Maradona dengan mengembali­kan rentak cemerlang dalam La Liga Sepanyol apabila menewaskan Osasuna 4-0 pada Ahad.

Maradona, yang beraksi selama dua musim bersama Barcelona, meninggal dunia ketika berusia 60 tahun pada Rabu lepas.

Sebelum perlawanan, kelab memainkan lagu ‘The Song of the Birds’ oleh pemain selo dari Catalan, Pablo Casals ketika pasukan berdiri di tengah bulatan padang di mana jersi Maradona diletakkan di tengah bulana.

Lionel Messi, yang mewarisi jersi legenda nombor 10 Maradona, menundukka­n kepalanya.

Bendera di Camp Nou dikibarkan separuh tiang, imej Maradona dipaparkan di setiap skrin besar dalam stadium dan juga papan iklan digital ketika seorang pegawai kelab memegang jersi kelab Maradona yang disimpan dalam bingkai.

Barcelona bergelut dalam La Liga sejak beberapa minggu yang lalu dan memulakan perlawanan di tangga ke-14.

Pada Jumaat Koeman berkata penghormat­an terbaik yang boleh diberikan oleh pasukannya kepada Maradona ialah untuk “menunjukka­n apa yang boleh kami lakukan dalam padang”.

Beliau menurunkan semula Messi dan Frenkie de Jong, yang tidak berada dalam skuad ketika menewaskan Dynamo Kiev 4-0 dalam Liga JuaraJuara, dan juga menurunkan Antoine Griezmann dalam kesebelasa­n utama selepas bermula di bangku simpanan ketika menentang Dynamo.

Barcelona membuka jaringan pada minit ke-29 apabila bola melambung masuk ke pintu gol selepas terkena Martin Braithwait­e ketika pergelutan di hadapan pintu gol.

Messi kelihatan cuba mengulangi jaringan ‘Tangan Tuhan’ Maradona pada 1986 tetapi pengadil tidak melihat ada sentuhan bola berlaku.

Ia adalah gol pertama Braithwait­e di Camp Nou dan menyusuli gol beliau di Kiev pada pertengaha­n minggu.

Griezmann menambah jaringan pada minit ke-42 sebelum mengumpan bola kepada Philippe Coutinho untuk gol ketiga pada minit ke-56.

Messi melengkapk­an jaringan pada minit ke-74 dengan gerakan cantik dari bahagian tengah, melepasi dua pemain pertahanan sebelum merembat ke pintu gol.

Beliau meraikan gol itu dengan menanggalk­an jersi untuk mendedahka­n jersi lama kelab Newell Old Boys, kelab yang disertai Maradona selama satu musim di tanahairny­a, Argentina.

“Ia adalah saat yang hebat,” kata Koeman. “Gol Leo, penghormat­annya kepada Maradona.

Kemenangan melonjak Barca ke tangga ketujuh tetapi masih 10 mata di belakang pendahulu liga, Real Sociedad, yang seri 1-1 dengan Villarreal, pasukan di tangga ketiga liga.

Gerard Moreno menjarJuar­a-Juara ingkan penalti seawal minit keenam untuk Villarreal tetapi Mikel Oyarzabal mengikat kedudukan, juga dari satu tendangan penalti selepas 30 minit permainan.

Sociedad kini satu mata di hadapan Atletico Madrid tetapi tempoh enam kemenangan berturut-turut dalam liga mereka berakhir.

 ?? — Gambar AFP ?? BERGAYA: Messi menjaringk­an gol pada perlawanan La Liga Sepanyol antara Barcelona dan Osasuna di stadium Camp Nou di Barcelona, kelmarin.
— Gambar AFP BERGAYA: Messi menjaringk­an gol pada perlawanan La Liga Sepanyol antara Barcelona dan Osasuna di stadium Camp Nou di Barcelona, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia