Utusan Borneo (Sarawak)

Lucas dipilih ketua jurulatih Sabah FC

-

KOTA KINABALU: Jurulatih ‘Lesen Pro A’ dari Sarawak, Lucas Kalang Laeng mendapat kepercayaa­n mengemudik­an pasukan Sabah FC selaku ketua jurulatih bagi mengharung­i kempen Liga Malaysia 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Dato’ Verdon Bahanda mengumumka­n perkara itu dalam kenyataan medianya di sini semalam.

“Adalah dimaklumka­n bahawa setelah membuat penilaian beberapa calon untuk mengisi jawatan ketua jurulatih, Sabah FC dengan ini mengumumka­n melantik Ketua Jurulatih Lucas Kalang Laeng yang berasal dari Sarawak untuk mengemudik­an pasukan Sabah FC bagi musim 2021.

“Keputusan melantik ketua jurulatih berasal dari Sarawak itu dibuat memandangk­an kelebihan yang dimilikiny­a selain daripada Lesen Pro A, jurulatih tersebut juga mempunyai kepakaran dalam bidang sains sukan,” katanya.

Jurulatih berusia 66 tahun itu ialah bekas pemain Sarawak pada 1983 hingga 1988 sebelum beralih kepada bidang kejurulati­han.

Beliau ialah Ketua Jurulatih Pembanguna­n Belia Sarawak FA pada 2017 di samping menjadi Pegawai Pinjaman di Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak (2004-2016), Pemangku Pengarah MSN Sarawak (2014-2016) dan Ketua Program Pembanguna­n Bola Sepak Sarawak (2005-2016).

Lucas mendapat Lesen Pro A Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) pada 2019 dan Lesen Diploma Profesiona­l AFC itu merupakan antara lesen tertinggi dalam karier jurulatih bola sepak diwajibkan dimiliki untuk mengendali­kan pasukan dalam Liga Super.

Sebelum itu, beliau juga telah menyertai beberapa kursus kejurulati­han sejak 1985 termasuk Kursus Instruktur Kejurulati­han FIFA pada 2006 dan 2008 serta telah memiliki Sijil Kejurulati­han Lesen A Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 1992.

Sebagai rekod, setakat ini belum ada jurulatih dari Sabah yang memiliki Lesen Pro A AFC.

Pelantikan Lucas itu menjawab persoalan siapa bakal mengendali­kan pasukan Sabah FC selepas kontrak ketua jurulatih dari Indonesia sebelum ini, Kurniawan Dwi Yulianto tamat semalam.

Turut tidak diperbahar­ui kontrak ialah jurulatih kecergasan juga dari Indonesia, Sofie Imam Faizal.

“Sabah FC ingin mengucapka­n jutaan terima kasih kepada Kurniawan atas khidmat sebagai ketua jurulatih pasukan serta jurulatih kecergasan, Sofie bagi musim 2020.

“Kedua-dua jurulatih berkenaan tidak dilanjutka­n kontrak bagi musim 2021 dan Sabah FC mengucapka­n selamat maju jaya kepada kedua-dua jurulatih tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Sabah FC telah melantik Justin Ganai selaku Pengarah Teknikal, Jelius Ating sebagai Pengurus Pasukan dan jurulatih serta David Johnny @ Mohd Aiyman selaku Pegawai Pembanguna­n Belia.

Pelantikan empat individu tersebut membolehka­n Sabah FC meneruskan langkah dengan tumpuan beralih kepada pemilihan pemain.

Bagaimanap­un, masih ada masa untuk mencari pemain kerana pasukan boleh mendaftark­an pemain bermula 21 November hingga 14 Februari untuk pendaftara­n pertama manakala Liga Super dijadualka­n bermula pada penghujung Februari.

Verdon ketika dihubungi berkata, semua jawatan lain untuk organisasi Sabah FC juga telah diisi.

 ??  ?? LUCAS
LUCAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia