Utusan Borneo (Sarawak)

PEMBANGKAN­G BANTUT PEMBANGUNA­N DIRANCANG KERAJAAN

Jangan mudah berubah dengan janji manis pembangkan­g yang tidak mampu membawa perubahan: Harden

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Tuai Rumah khususnya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang kini sedar dan faham politik dibawa oleh pembangkan­g hanya membantutk­an pembanguna­n dirancang baik.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata sekiranya pemimpin masyarakat itu terjebak dengan janji manis pembangkan­g ia merugikan.

Justeru, pemimpin masyarakat tidak harus mudah berubah dengan janjijanji manis pembangkan­g yang tidak mampu membawa sebarang perubahan kepada komuniti setempat.

“Rakyat kini pandai berfikir dan mahu pembanguna­n berterusan bukannya janjijanji kosong tetapi pembanguna­n tidak dilaksanak­an,” katanya pada Program Info On Wheel (IOW) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Sri Aman di Rumah Achon Watt, Menalang A, di sini kelmarin.

Seramai lapan tuai rumah termasuk Tuai Rumah Achon Watt hadir pada program tersebut menyatakan sokongan padu kepada calon Gabungan Parti Sarawak

“Rakyat kini pandai berfikir dan mahu pembanguna­n berterusan bukannya janji-janji kosong tetapi pembanguna­n tidak dilaksanak­an. ”

Datuk Francis Harden Hollis

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti

(GPS) bagi kerusi DUN Simanggang iaitu Datuk Francis Harden Hollis.

Menurut mereka, prestasi wakil rakyat itu sangat cemerlang membawa pembanguna­n dan senang dibawa berbincang.

“Kami sedar hanya kerajaan GPS dapat membawa pembanguna­n menyeluruh di Sarawak,” katanya.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Elvis Didit, wakil Pegawai Daerah Sri Aman Sandin Ajah, Pemangku Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman Jessecca Gilbert, isteri Harden Datin Simba Nallang dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Kaunselor Andar Suntai.

Harden turut meluluskan geran kerajaan negeri melalui beliau berjumlah RM5,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Achon Menalang manakala RM3,000 untuk Biro Wanita.

 ??  ??
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Achon (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden (tiga kiri) sambil diperhatik­an Elvis (dua kiri), Jessecca (kanan), Simba (dua kiri) serta yang lain.
CENDERAMAT­A: Achon (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden (tiga kiri) sambil diperhatik­an Elvis (dua kiri), Jessecca (kanan), Simba (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia