Utusan Borneo (Sarawak)

RM26,077 berjaya dikutip menerusi jualan amal Project of Love: E-Charity Sale’

-

Sumbangan berjumlah RM26,077 berjaya dikutip Persatuan Kebajikan Rencana Kuching menerusi jualan amal Project of Love: E-Charity Sale’ yang berlangsun­g hujung minggu lalu.

Disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How, jualan amal yang dilakukan dalam talian melalui siaran langsung Facebook bertujuan mengumpulk­an dana bagi lapan organisasi dan pertubuhan kebajikan di bandar raya ini.

Kira-kira RM12,050 hasil bersih diperoleh semasa jualan amal pada malam Ahad sementara selebihnya pada Sabtu (21 November) lalu.

Lapan organisasi kebajikan itu ialah The Salvation Army, Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak, Sarawak Hun Nam Siang Tng, Sarawak Chesire Home, Pusat Perkhidmat­an Warga Tua Kuching, Program Pemulihan Dalam Komuniti, Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak dan Persatuan Orang Pekak Sarawak.

Kebanyakan barangan yang dijual adalah jenama tempatan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menyokong perniagaan tempatan termasuk bakul rotan buatan tangan daripada Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak.

Jualan amal itu turut menampilka­n dua karya kaligrafi Cina ditaja pakar kaligrafi yang masing-masing mengutip sebanyak RM3,000 dan RM1,700.

Selain itu, baju tradisiona­l (Baju Burung) Iban telah diberikan kepada penonton yang bertuah semasa jualan amal dalam talian tersebut.

Acara kemuncak jualan amal itu adalah rakaman persembaha­n Ahli Parlimen Selangau Baru Bian yang juga ADUN Ba’Kelalan menyanyika­n lagu ‘This Land is My Land’ yang berjaya mengumpul lebih RM3,000 untuk tujuan amal.

Oleh kerana persidanga­n Parlimen sedang berlangsun­g di Kuala Lumpur, Baru memohon maaf kerana tidak dapat membuat persembaha­n secara langsung untuk jualan amal.

Namun beliau memberi jaminan untuk turut serta dalam jualan amal dalam talian itu yang akan berlangsun­g pada 11 Disember ini.

 ??  ?? JUALAN AMAL: See dan penyampai Cindy Chow melakukan bidaan untuk karya kaligrafi Cina semasa jualan amal dalam talian yang dianjurkan secara siaran langsung melalui Facebook pada malam Ahad.
JUALAN AMAL: See dan penyampai Cindy Chow melakukan bidaan untuk karya kaligrafi Cina semasa jualan amal dalam talian yang dianjurkan secara siaran langsung melalui Facebook pada malam Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia