Utusan Borneo (Sarawak)

PEKAN TRUSAN DIBANGUN DI BAWAH RANCANGAN NRDA

Pelan pembanguna­n itu penting berdasarka­n kedudukann­ya sebagai pintu masuk utama daerah Lawas

- Oleh Mastura Ismail

“Trusan mempunyai pejabat daerahnya sendiri dengan reka bentuk menarik sebagai mercu tanda, selain terkenal sebagai pusat pengeluara­n hasil pertanian kerana tanahnya subur dan mengeluark­an tanaman dan buahbuahan. ”

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Timbalan Ketua Menteri

LAWAS: Kerajaan negeri mempunyai pelan tempatan sendiri untuk membangunk­an pekan Trusan di Lawas di bawah rancangan Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelan pembanguna­n itu penting berdasarka­n kedudukan pekan itu yang merupakan pintu masuk utama daerah ini agar tidak ketinggala­n daripada kawasan lain.

“Trusan mempunyai pejabat daerahnya sendiri dengan reka bentuk menarik sebagai mercu tanda, selain terkenal sebagai pusat pengeluara­n hasil pertanian kerana tanahnya subur dan mengeluark­an tanaman dan buah-buahan,” katanya pada Program AgriCOP anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Limbang di sini semalam.

Turut hadir Pengarah

Wilayah NRDA Datu Ubaidillah Abdul Latif, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Pegawai Pembanguna­n Pertanian Limbang Jakaria Rambli.

Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua merangkap Menteri Pembanguna­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Terminal Industri itu berkata kerajaan negeri merancang membina satu lagi Anjung Usahawan di Trusan yang dilengkapi kemudahan pemrosesan makanan.

“Kerajaan negeri juga merancang membina Pusat Khidmat Mini di Long Tuan di sini bagi memberi kemudahan perniagaan dengan perkhidmat­an secara terus,” jelasnya.

Beliau optimis pekan akan Trusan membangun sejajar dengan kawasan lain selain mampu menyumbang kepada peningkatk­an ekonomi di daerah Lawas secara keseluruha­nnya. Justeru, Awang Tengah mahu penduduk di daerah Trusan menerima pembanguna­n dirancang demi memastikan pekan itu membangun.

“Bagi projek baik pulih dan naik taraf sekolah di sini, sejumlah RM160 juta peruntukan di bawah NRDA dibelanjak­an termasuk sekolah usang di Trusan.

“Malah, Sarawak meningkatk­an bekalan elektrik termasuk kawasan luar bandar dengan peruntukan RM2.3 bilion,” katanya.

Menteri Pembanguna­n

Usahawan itu memberitah­u bahawa bekalan elektrik di kawasan Limbang dan Lawas kini disambungk­an kepada sistem grid dan dijangka siap pada 2023.

Katanya, Limbang dan Lawas dihubungka­n dengan sistem grid memakan belanja besar.

“Dengan adanya kemudahan itu rakyat terutama di Limbang dan Lawas dapat menikmati kemudahan elektrik dan banyak kawasan disambung kepada bekalan elektrik 24 jam,” jelasnya.

Beliau berkata, kemudahan itu memberi manfaat dalam menjalanka­n perniagaan dan anak-anak dapat belajar dengan sempurna.

Bagi meningkatk­an bekalan air pula, beliau berkata kerajaan negeri memperuntu­kkan RM4 bilion untuk meningkatk­an bekalan air diperluas ke seluruh kawasan negeri ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Jakaria (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Awang Tengah sambil disaksikan Denney (kanan) di Lawas semalam.
CENDERAMAT­A: Jakaria (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Awang Tengah sambil disaksikan Denney (kanan) di Lawas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia