Utusan Borneo (Sarawak)

Pengikut Charles Manson terus dinafi parol

-

LOS ANGELES: Gabenor California terus menyekat pembebasan pengikut Charles Manson, Leslie Van Houten, menandakan kali keempat seorang gabenor telah menarik balik parol untuk pembunuh kultus berbahaya itu.

Gabenor Gavin Newsom menyatakan Van Houten, 71, masih berbahaya kepada masyarakat jika dibebaskan setelah dipenjara lebih tiga dekad, memetik alasan wanita itu masih lagi tidak menyedari atau mengakui peranannya dalam pembunuhan kejam pada 1969 terhadap satu pasangan suami isteri dari Los Angeles.

“Berdasarka­n sikap ekstrem jenayah yang melibatkan­nya, saya tidak percaya dia berjaya menunjukka­n dia memahami penglibata­nnya dalam pembunuhan kejam oleh kultus Manson,” menurut Newsom.

Keputusan dibuat selepas badan parol pada Julai meluluskan pembebasan Van Houten, yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Pada usia 19 tahun, dia antara tiga pengikut Manson yang memecah masuk ke dalam kediaman Leo dan Rosemary LaBianca.

Van Houten telah menikam Rosemary sebanyak 16 kali.

Rakan sekongkoln­ya dalam jenayah tersebut iaitu Charles Watson dan Patricia Krenwinkel, pada malam sebelumnya telah menikam sehingga mati aktres Sharon Tate yang sarat hamil lapan bulan dan empat orang lagi, dalam salah satu pembunuhan beramai-ramai paling kejam pada abad ke-20 yang telah diarahkan Manson.

Di tempat kejadian jenayah keluarga LaBianca, perkataan berbaur anarkis ditulis dengan darah manga pada dinding dan peti sejuk, sementara perkataan ‘Perang’ dicacah pada perut Leo LaBianca, merujuk kepada agenda gila Manson ‘Helter Skelter’ untuk mencetuska­n perang perkauman di antara kulit putih dan kulit hitam.

Pembunuhan tersebut diarahkan Manson bagi mencetuska­n syak wasangka terhadap kaum kulit hitam disebabkan kesemua mangsa yang disasari adalah golongan kulit putih kaya dan ternama.

Dalam keputusann­ya yang dikeluarka­n Jumaat lepas, Newsom memaklumi usia remaja Van Houten pada masa pembunuhan dan rekod disiplinny­a yang baik dalam penjara.

Namun Newsom menjelaska­n Van Houten telah mengubah keterangan­nya mengenai pembunuhan itu ketika perbicaraa­n parolnya pada 2020, di mana dia mendakwa menikam mangsa menimbulka­n rasa teruk dan agresif sedangkan sebelum itu dia mengakui ia menyeronok­kan.

Beliau turut menyatakan sejarah Van Houten yang bergeluman­g keganasan dan penyalahgu­naan dadah.

“Ketika dipertimba­ngkan secara menyeluruh, saya mendapati bukti menunjukka­n dia masih memberikan bahaya yang tidak munasabah kepada masyarakat sekiranya dibebaskan dari penjara,” tulis Newsom.

Van Houten dibenarkan untuk parol sebanyak tiga kali sebelum ini.

Newsom telah menarik balik keputusan sebelum itu, dan gabenor sebelumnya Jerry Brown juga sudah dua kali membatalka­n parol.

Peguam Van Houten menyatakan rayuan akan dibuat terhadap keputusan Newsom.

Satu petisyen dalam talian yang dilancarka­n adik perempuan Tate bagi membantah pembebasan Van Houten berjaya mengumpulk­an 170,000 tandatanga­n.

Manson meninggal dunia dalam penjara pada 2017. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERUS GAGAL: Gambar fail 28 Jun lalu menunjukka­n Sheron Lawin (kiri), anggota Lembaga Pesuruhjay­a Hukuman Penjara, mendengar keterangan Van Houten (kanan) di Penjara Wanita California di Corona, California.
— Gambar AFP TERUS GAGAL: Gambar fail 28 Jun lalu menunjukka­n Sheron Lawin (kiri), anggota Lembaga Pesuruhjay­a Hukuman Penjara, mendengar keterangan Van Houten (kanan) di Penjara Wanita California di Corona, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia