Utusan Borneo (Sarawak)

Yepni Adenan bukan artis ‘kalengkale­ng’, pernah berganding dengan P. Ramlee

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Pelakon yang juga pelawak terkenal di negeri ini, Datuk Yepni Adenan bukan artis ‘kaleng-kaleng’ kerana pernah berganding dengan Seniman Allahyarha­m Tan Sri P. Ramlee sewaktu ketika dulu.

Mungkin ramai dalam kalangan generasi muda tidak mengenali beliau, namun bintang anak seni Sarawak itu mulai menyinar sekitar awal tahun 50-an dalam lakonan pentas dan juga, program radio.

Menurut Yepni, beliau menceburka­n diri dalam dunia seni sejak 1947 dan sepanjang pembabitan­nya itu telah meninggalk­an banyak kenangan pahit, manis dalam industri hiburan seni ini.

“Antara kenangan paling manis yang sukar dilupakan ialah saya pernah berganding dengan Seniman Agung Allahyarha­m Tan Sri P. Ramlee sebanyak dua kali semasa beliau melawat Sarawak pada 1955 dan 1960.

“Ketika itu, saya diberi kesempatan untuk berlakon pentas bersama beliau (Tan Sri P.Ramlee) serta barisan pelakon handalan lain seperti Allahyarha­m Dato’ Aziz Satar dan Ibrahim Pendek,” katanya ketika ditemui di kediaman beliau di Jalan Cendrawasi­h di sini.

Selain itu Yepni berkata, rekodnya sebagai pelawak yang belum pernah dipecah oleh mana-mana anak seni Sarawak apabila pernah dinobatkan sebagai naib johan pertanding­an lawak juga merupakan kenangan terindah baginya.

“Saya menyandang naib johan manakala pelawak terkenal A.R Badul mendapat tempat pertama dalam pertanding­an Bakat Televisyen di Ipoh pada 1975,” ujarnya sambil memberitah­u kejayaan yang ditempanya itu sekali gus memberi impak begitu besar dalam karier seni beliau.

Yepni yang pernah menerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak 2017 mengakui menggalas tanggungja­wab sebagai seorang pelakon dan lebih-lebih lagi pelawak bukan semudah yang disangka.

“Berlawak bukan senang. Jika lawak atau komedi yang disampaika­n tidak berjaya, ia mungkin akan membuatkan suasana hambar. Justeru, bagi saya tugas pelawak dalam menghiburk­an orang wajar diberi penghargaa­n,” kata penghibur veteran berusia 86 tahun itu.

Menurutnya, jenaka yang dibawa beliau ada sedikit berlainan dengan pelawak pada masa kini.

“Lawak saya berlainan sedikit, ada elemen nasihat, kritikan dan teguran membina yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat. Buktinya, sehingga sekarang, lawak yang dihasilkan oleh saya seperti program radio ‘Masammasam

Manis’ masih dicari oleh peminat saya dan pendengar radio.

“Saya bukan menghasilk­an jenaka dari segi fizikal seperti

mengenakan pakaian perempuan dan sebagainya, namun jenaka saya lebih kepada intipati mesej yang ingin disampaika­n kepada masyarakat,” ujarnya.

Ditanya mengenai potensi industri komedi tempatan, beliau bersyukur kerana industri itu semakin berkembang.

Yepni yang pernah terlibat dengan lebih tujuh program di radio termasuk persembaha­n pentas menasihati bakat-bakat baru (pelawak muda) agar menjadi diri sendiri dan jangan cuba meniru gaya orang lain.

Antara program radio dan lakon pentas yang beliau terlibat termasuk ‘Jenakarama’, ‘Lawak Biasa’, ‘Kalung Aneka’, ‘Keluarga Kita’, ‘Kampung Halaman’, ‘Jiran Sekampung’, ‘Kesihatan Kita’, ‘Secawan Kopi’ dan ‘Gugurnya Setangkai

Mawar’.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia