Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan MRP untuk masyarakat

-

MIRI: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan di kampung disaran agar menggunaka­n dana geran projek kecil luar bandar (MRP) sebaikbaik­nya.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata,kerajaanpe­rsekutuan telah menyediaka­n dana untuk memastikan rakyat menggunaka­nnya untuk aktiviti dan sebagainya.

“Saya berharap geran MRP ini digunakan NGO atau pertubuhan di kampung menjalanka­n aktiviti bermanfaat untuk masyarakat setempat,” katanya pada dalam sidang video penyampaia­n MRP Parlimen Sibuti semalam.

Lukanisman yang berada di Dewan Rakyat Kuala Lumpur menjelaska­n, kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat meskipun dengan peruntukan yang terhad.

“Sebelum ini peruntukan kita amat terhad dan ia banyak digunakan untuk menyalurka­n bantuan makanan semasa COVID19 dan dermasiswa kepada pelajar yang masuk ke universiti,” jelasnya.

Beliau menarik perhatian bahawa Pusat Khidmat Parlimen Sibuti sedia membantu pelajar yang ditawarkan pengajian ke universiti.

“Peruntukan ini adalah hasil daripada kita menjadi kerajaan, kita sedia membantu pemohonan-pemohonan lain dari semasa ke semasa.

“Malah bagi anak-anak yang ditawarkan masuk ke universiti tahun ini, kita boleh membantu meringanka­n beban mereka dengan dermasiswa,” katanya.

Pada majlis terbabit, Lukanisman diwakili Kaunselor Abdullah Saini menyampaik­an cek MRP kepada 17 penerima melibatkan keseluruha­n berjumlah RM166,700.

Sementara itu, Pusat Khidmat Parlimen Sibuti julung kalinya menyampaik­an MRP kepada penerima secara sidang video tanpa perlu bersemuka dengan penerima.

Lukanisman berkata meskipun menghadiri Persidanga­n Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, beliau tidak lupa menunaikan kewajipan di kawasannya.

“Ini adalah norma baharu kerana saya tidak dapat pulang ke kawasan, bagaimanap­un kita tetap menunaikan segala janji kerajaan kepada rakyat yang berada di kawasan dengan pengagihan cek MRP,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? NORMA BAHARU: Lukanisman menyampaik­an amanat dan pesanan kepada penerima MRP melalui sidang video di Kuala Lumpur semalam.
NORMA BAHARU: Lukanisman menyampaik­an amanat dan pesanan kepada penerima MRP melalui sidang video di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia