Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: SARAWAK CATAT SATU KES POSITIF SEMALAM

-

KUCHING: Sarawak merekodkan satu kes positif COVID-19 yang dikesan di Daerah Kuching semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif meningkat kepada 1,065 kes.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kes ke-1,065 merupakan seorang warganegar­a tempatan yang juga pelatih di Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Menurutnya, kes tiba di Sarawak dari Sabah pada 15 September dan pernah menjalani saringan rT-PCR COVID-19 pada Jun lalu semasa berada di Tawau, Sabah namun didapati negatif.

“Kes telah menjalani saringan kendiri di sebuah klinik kesihatan kerajaan pada 30 November bagi tujuan membuat perjalanan balik ke Sabah. Keputusan rT-PCR bagi COVID19 bagi kes ini telah didapati positif pada hari ini (semalam),” kata JPBNS menerusi kenyataan semalam.

JPBNS menambah, kes tidak menunjukka­n sebarang tanda dan gejala jangkitan COVID-19 dan kes telah dimasukkan ke wad pengasinga­n di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, kes masih dalam siasatan dan pengesanan kontakkont­ak rapat sedang giat dilakukan.

Ujar JPBNS lagi, kes belum dapat dikaitkan dengan dengan mana-mana kluster yang masih aktif di Daerah Kuching.

“Sehingga siasatan lengkap dijalankan, kes ini dikategori­kan sebagai kes jangkitan tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumka­n, terdapat enam kluster yang masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Baki, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas yang kesemuanya di Kuching.

“Hari ini (semalam) juga, terdapat sembilan kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital dengan kesemua kes adalah daripada HUS.

“Manakala jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 15 orang (sembilan kes di wad pengasinga­n HUS, empat di Hospital Miri dan dua di Hospital Sibu,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat 33 orang yang disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dengan enam PUI yang menunggu keputusan ujian makmal semalam.

Daerah Kuching dan Miri kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruha­n 14 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalamtempo­h14harilep­asiaitu Kuching (12) dan Miri (2).

Manakala 38 daerah lain di Sarawak kekal berstatus Hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia