Utusan Borneo (Sarawak)

UGUT BAKAR RUMAH, SIMBAH IBU DENGAN AIR PANAS, PENGANGGUR DIPENJARA

-

KUCHING: Padah melakukan ugutan jenayah hendak membakar rumah ibunya, selain mengugut hendak mencederak­an mangsa dengan cara menyiram air panas, seorang penganggur lelaki dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mohd Reduan Halim, 29, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mahkamah juga memerintah­kan hukuman penjara dikuatkuas­akan mulai 2 November lalu, iaitu tarikh tertuduh ditangkap.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terbabit antara 24 dan 31 Oktober lalu, di rumah mereka di Kampung Pinggan Jaya Pending, di sini.

Mengikut keterangan kes, tertuduh bertengkar dengan ibunya yang berusia 48 tahun apabila mangsa minta tertuduh untuk menyimpan cawan yang telah digunakan ke dalam sinki.

Tertuduh berasa tidak puas hati dan memarahi mangsa dengan mengeluark­an kata-kata kesat, sebelum mengugut hendak membakar rumah dan mahu menyimbah air panas ke atas mangsa.

Mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis kerana berasa takut dengan sikap tertuduh yang panas baran dan merupakan seorang yang agresif, selain berasa takut untuk tinggal bersama tertuduh setiap kali suami dan anakanakny­a yang lain pergi bekerja.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? KE PENJARA: Tertuduh diiring polis semasa
keluar dari kamar mahkamah.
KE PENJARA: Tertuduh diiring polis semasa keluar dari kamar mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia