Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut dalam kemalangan selang enam jam

Mekanik maut dalam kemalangan di Bintulu malam kelmarin, disusuli pemandu lori awal pagi semalam

- Oleh Ambrose Rirang

Pasukan paramedik yang turut berada di lokasi kejadian mengesahka­n mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

BINTULU: Dua individu maut dalam kemalangan berasingan selang enam jam di Bintulu pada malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkas­aan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu, dalam kejadian pertama, seorang mekanik maut setelah kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan di Kilometer

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkas­aan Trafik Sarawak

13, Jalan Bintulu-Miri malam kelmarin.

Katanya, dalam kemalangan sekitar jam 10.20 malam itu, mangsa dikenali sebagai Robinson Engkang Rundang, 33.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan menuju ke Rumah Gawan di Batu 14.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ujarnya, berjaya mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam keretanya pada jam 11.33 malam.

“Pasukan paramedik yang turut berada di lokasi kejadian mengesahka­n mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” ujarnya.

Dalam kejadian kedua, seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya dipercayai dirempuh sebuah lori lain yang keluar simpang dalam kemalangan di Simpang Tiga Taman Perindustr­ian Samalaju, Jalan Persisir BintuluMir­i sekitar jam 4.30 pagi semalam.

Alexson berkata, mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Anggat Ukam, 33, beralamat di Rumah Tinggi, Sungai Mujong Kapit.

Pemandu lori yang dipercayai melanggar mangsa turut mengalami kecederaan.

Menurutnya, pasukan paramedik yang menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas mangsa mengesahka­nnya telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kedua-dua kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Difahamkan, mayat keduadua mangsa telah dihantar ke Rumah Mayat Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.

Superinten­den Alexson Naga Chabu

 ??  ?? BERLANGGAR: Keadaan dua lori yang bertembung di Simpang Tiga Taman Perindustr­ian Samalaju, Jalan Persisir Bintulu-Miri awal pagi semalam.
BERLANGGAR: Keadaan dua lori yang bertembung di Simpang Tiga Taman Perindustr­ian Samalaju, Jalan Persisir Bintulu-Miri awal pagi semalam.
 ??  ?? TERSEPIT: Pasukan bomba sedang berusaha mengeluark­an mangsa kemalangan di Batu 13, Jalan Bintulu-Miri malam kelmarin.
TERSEPIT: Pasukan bomba sedang berusaha mengeluark­an mangsa kemalangan di Batu 13, Jalan Bintulu-Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia