Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didenda kerana buat laporan polis palsu setelah kalah judi

-

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini semalam mengenakan denda RM1,000 terhadap seorang lelaki yang membuat laporan polis palsu gara-gara enggan ibu bapanya tahu wang hasil perniagaan keluarga lesap olehnya akibat kalah judi.

Hukuman dijatuhkan selepas Mohd. Zainul Ariffin Mohd Jais, 25, mengaku bersalah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memerintah­kan tertuduh untuk dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan.

Tertuduh yang bekerja sendiri dan berasal dari Kampung Tupong Ulu itu didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Gita di sini, pada 29 November lalu, jam 11.29 pagi.

Mengikut keterangan kes, tertuduh membuat laporan palsu bagi mengelakka­n ibu bapanya tahu dia kalah judi membabitka­n penggunaan wang hasil perniagaan­nya bersama keluarga yang berjumlah RM2,700.

Tertuduh dalam laporan polis mendakwa dirinya disamun oleh empat lelaki yang menaiki dua motosikal dalam satu kejadian di Jalan Datuk Temenggong Tan Meng Chong, di sini, pada 29 November lalu, jam tiga pagi.

Namun, siasatan lanjut mendapati tiada kejadian samun bersenjata berlaku seperti yang didakwa.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon diberikan denda minimum dengan alasan dia menyesali perbuatann­ya.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengaku bersalah apabila didakwa atas tuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 15 tahun.

Hakim Jason Juga bagaimanap­un menetapkan kes disebut semua pada 4 Januari 2021 untuk mendengar laporan sosial pesalah muda tersebut.

Mahkamah juga membenarka­n tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah RM5,000 berserta dua penjamin tempatan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa merogol mangsa di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Stenggang, Bau, antara Oktober 2019 dan Mac 2020.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia