Utusan Borneo (Sarawak)

JPBNS tentukan pembukaan rumah urut OKU penglihata­n selepas bermesyuar­at

-

KUCHING: Keputusan membenarka­n rumah urut diusahakan orang kurang upaya (OKU) penglihata­n beroperasi hanya akan dibuat selepas pihak Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bermesyuar­at kelak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak (KWKPK) Dato Sri Fatimah Abdullah bagaimanap­un tidak dapat menyatakan bila mesyuarat tersebut akan diadakan.

“Mesyuarat berkenaan boleh dilakukan pada bila-bila masa dari sekarang mengikut permintaan daripada Sekretaria­t JPBNS.

“Kita perlu membuat pertimbang­an, kita mahu membantu dari segi ekonomi dan kita juga mempunyai tanggungja­wab agar mereka selamat dan klien mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Mengurut ini melibatkan kontak rapat dan menjadi kegusaran kerana kita tidak mahu ada kluster baharu yang wujud yang melibatkan OKU (cacat penglihata­n),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Bakul Makanan Korporat kepada OKU cacat penglihata­n di Kompleks Belia dan Sukan di sini.

Beliau katanya, telah dimaklumka­n tentang perkara tersebut menerusi sepucuk surat daripada Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihata­n Malaysia Cawangan Sarawak Isak Ngau baru-baru ini.

Bahkan, Isak turut mengirim surat yang sama kepada Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How.

Justeru, Fatimah meminta agar pemilik premis yang disewa oleh OKU cacat penglihata­n memberi pengecuali­an pembayaran sewa kerana premis tidak beroperasi untuk sekian waktu.

Sebanyak 17 premis melibatkan sekurang-kurangnya 80 OKU cacat penglihata­n tidak termasuk mereka yang bekerja sambilan di Kuching, Sibu dan Miri, terjejas ekoran pematuhan kepada arahan JPBNS dalam membendung COVID-19.

Bagaimanap­un, baru-baru ini juga kandungan surat Isak turut meminta agar kira-kira 100 orang OKU cacat penglihata­n diberi bantuan makanan dan lain-lain bagi meneruskan kehidupan mereka serta keluarga.

Ahli Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak Raja Noor Akmar Raja Kamil bersama rakan-rakannya telah tampil kepada badan korporat dan individu memohon bantuan makanan bagi OKU cacat penglihata­n.

Sehingga semalam pihaknya telah mengagihka­n sejumlah 86 bakul makanan kepada nama-nama OKU cacat penglihata­n yang telah disenaraik­an sementara bakinya akan diagihkan kemudian.

“Kami bukan sahaja memberi bantuan kepada OKU cacat penglihata­n tetapi juga yang lain seperti kumpulan buskers dan yang menjual tisu yang turut terjejas teruk pendapatan mereka.

“Sekurang-kurangnya terdapat makanan di atas meja kerana setiap mereka ada menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), elaun pekerja cacat sebanyak RM400 dan OKU yang tidak bekerja sebanyak RM350 daripada kerajaan persekutua­n.

“Bagi atlet para sukma iaitu mereka yang diberikan elaun latihan walaupun sewaktu pandemik COVID-19 ini yang mana cara latihannya agak berbeza berbanding sebelum ini tetapi yang pasti mereka mesti terus menjalani latihan.

“Elaun juga diberikan berdasarka­n kategori atlet itu, elit (pingat emas), pelapis A, B dan C dan jumlah yang diterima berbeza, sudah tentu akan menambah jumlah daripada apa yang diterima daripada JKM secara bulanan,” kata Fatimah.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Azura Sarbin dan Penolong Setiausaha Unit Pembanguna­n OKU KWKPK Matthew Chin.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Fatimah (kiri) dibantu Matthew (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang OKU cacat penglihata­n di Kuching, semalam.
RINGANKAN BEBAN: Fatimah (kiri) dibantu Matthew (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang OKU cacat penglihata­n di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia