Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh sekolah di Serian terima sumbangan Papan Putih Pintar Interaktif

-

TEBEDU: Sebanyak tujuh sekolah di bahagian Serian menerima sumbangan Papan Putih Pintar Interaktif daripada kerajaan negeri disampaika­n Menteri Pendidikan, Sains, Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong.

Enam sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebedu, SMK Tebekang, SMK Taee, SMK Serian, SMK Tarat, SMK Balai Ringin dan Sekolah Kebangsaan (SK) St Dominic Pichin.

Beliau ketika berucap pada majlis menyerahan Papan Putih Pintar Interaktif itu Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu berkata pemberian papan putih berkenaan merupakan lembaran baharu kepada sektor pendidikan di negeri ini.

Tambahnya, kerajaan negeri ketika ini dalam proses mentransfo­masikan sektor pendidikan di Sarawak dengan memperkena­lkan penggunaan teknologi terkini dalam sesi pengajaran dan pembelajar­an.

“Kita tidak menafikan Sarawak masih jauh ketinggala­n, tetapi perkara yang penting sekarang ialah kita secara perlahan cuba mentransfo­rmasikan sektor pendidikan di Sarawak dengan menggunaka­n teknologi moden,” jelasnya.

Beliau turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak dalam media mengatakan komputer Raspberry Pi ditempah oleh Sarawak Informatio­n Systems Sdn Bhd (SAINS) terlalu mahal.

Menurutnya harga itu merangkumi kos penghantar­an, pemasangan, kerja-kerja naik taraf, penyelengg­araan dan waranti oleh SAINS.

“Peranan Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi hanya menyediaka­n peruntukan kepada SAINS sebagai pembekal komputer.

“Jika tiada halangan, kirakira 1,265 set komputer (Raspberry Pi) akan dibekalkan Mac 2021,” jelasnya.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Bahagian Serian Jamili Sunang.

 ??  ?? TEKNOLOGI: Manyin (kanan) menyerahka­n plak kepada wakil salah satu sekolah yang menerima Papan Putih Pintar Interaktif sambil disaksikan Jamili (dua kanan).
TEKNOLOGI: Manyin (kanan) menyerahka­n plak kepada wakil salah satu sekolah yang menerima Papan Putih Pintar Interaktif sambil disaksikan Jamili (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia