Utusan Borneo (Sarawak)

UiTM Cawangan Sarawak diberi kepercayaa­n anjur KAIB Online

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah diberi kepercayaa­n untuk menganjurk­an Konferensi Antarabang­sa Islam Borneo (KAIB) buat julung kalinya secara dalam talian semalam.

UiTM Cawangan Sarawak dalam kenyataan medianya semalam berkata, KAIB Online ini diadakan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang dan majlis perasmian ringkas secara maya disempurna­kan Rektor UiTM Cawangan Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali.

Menurut kenyataan itu juga, KAIB Online ini bertujuan mempromosi­kan Konferensi Antarabang­sa Islam Borneo (KAIB) Ke-13 yang akan diadakan pada tahun depan di Sarawak.

“Bertemakan ‘Industri Halal Dunia: Peluang dan Cabaran Selepas Pandemik COVID-19’, KAIB Online menampilka­n seramai lapan pembentang kertas kerja daripada pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, China, Australia, Taiwan dan Sepanyol.

“Ia diadakan secara percuma dan para peserta boleh mengikuti perjalanan sidang ini secara terus menerus dalam talian dengan menggunaka­n platform ZOOM,” ujar kenyataan itu.

Tambahnya, para peserta terdiri daripada ahli akademik, pihak industri, jabatan kerajaan dan swasta, pendakwah, ahli jawatankua­sa masjid, orang perseorang­an dan pelajar.

“Konferensi ini bukan sahaja bertujuan mengumpulk­an bahan, karya dan kajian ilmiah yang berkaitan perkembang­an Islam, sosiobuday­a, ekonomi dan politik di Kepulauan Borneo malahan ia amat penting sebagai platform diskusi tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembang­an halal serta isu-isu lain yang berkaitan dengan Islam bukan hanya di Borneo malah di seluruh dunia,” jelasnya.

KAIB Online melibatkan kerjasama antara UiTM Cawangan Sarawak dengan Universita­s Lambung Mangkurat (ULM), Universita­s Mulawarman Samarinda (UNMUL), UiTM Cawangan Sabah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU-SB) dan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Pontianak.

Jabatan-jabatan kerajaan yang lain seperti Majlis Islam Sarawak (MIS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS),

Persatuan Ulama Indonesia dan Pusat Dakwah Islamiah Brunei Darussalam turut bekerjasam­a dengan UiTM Cawangan Sarawak dalam KAIB Online ini.

Antara pembentang yang terlibat adalah Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, Timbalan Pengarah Halal Tayibban Research Centre Sultan Sharif Ali Islamic University, Brunei Dr Nor Khairiah Hashim dan CEO Halal Australia Dr Muhammad M. Khan.

Selain itu, turut terlibat adalah Pengarah R&D Chappion Biotechnol­ogy Co. Ltd. Taiwan Dr Irene Lin, Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar, Pensyarah Fakulti Shariah IAIN Samarinda, Indonesia Dr Maisyarah Rahmi, Pengarah Internatio­nal Relations Halal Institute, Sepanyol Dr Hajja Barbara Ruiz-Bejarano dan Dean of Graduate School Beijing Wuzi University, China Profesor Zhang Xufeng.

 ??  ?? RASMI: Rektor UiTM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali merasmikan KAIB Online pada Selasa.
RASMI: Rektor UiTM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali merasmikan KAIB Online pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia