Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Gedong nikmati perkhidmat­an mesin ATM penghujung Disember ini

-

KUCHING: Perkhidmat­an mesin juruwang automatik (ATM) akan ditempatka­n di Anjung Usahawan Gedong bermula bulan ini untuk memudahkan urusan perbankan penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Menurut Menteri Muda Pembanguna­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais dalam satu kenyataan berkata beliau telah menerima surat kelulusan daripada pihak AGRO Bank semalam.

“Surat mengenai perkara ini telah diserahkan oleh Pengurus Wilayah AGRO Bank Sarawak Abdul Halek Abdullah kepada saya.

“Mengikut kata pihak AGRO Bank, mesin ATM akan beroperasi pada bulan Disember dan ia akan dipasang dan pihak bank akan mengubah suai premis itu nanti.

“Jadi saya bagi pihak penduduk Gedong ingin mengucapka­n jutaan terima kasih kepada AGRO Bank kerana telah meluluskan satu unit mesin ATM yang akan ditempatka­n di Anjung Usahawan Gedong dalam masa terdekat ini,” kata Naroden yang juga

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong.

Tambahnya, dengan adanya mesin ATM tersebut, ia berupaya memberi perkhidmat­an kepada lebih kurang 7,000 penduduk asal Gedong serta 4,000 pekerja yang bekerja dan tinggal di ladang kelapa sawit.

Sebelum ini, penduduk akan turun ke Serian untuk membuat urusan pengeluara­n serta penghantar­an wang, menerima bantuan kerajaan dan sebagainya, tegas beliau.

Mesin ATM itu katanya, amat praktikal dan sekiranya terdapat permintaan, beliau akan meminta pihak bank menambah lagi mesin tersebut.

Buat masa ini, mesin ATM hanya akan ditempatka­n di Anjung Usahawan Gedong dan tapak telah disediakan berdekatan dengan pejabat kecil MCMC kerana perkhidmat­an ATM juga memerlukan Internet.

Halek dalam kenyataan itu turut berkongsi perkembang­an tersebut hasil permohonan yang dilakukan Naroden untuk dipasang mesin ATM di kawasan tersebut.

“Kita telah merujuk, mengkaji dan memang ia adalah keperluan yang sangat tinggi di kawasan Gedong dan diyakini dengan adanya mesin

ATM akan meningkatk­an lagi ekonomi penduduk Gedong kerana apabila wujud tunai di kawasan Gedong, banyak peluang perniagaan juga akan wujud.

“Sebagai contoh, kedai runcit yang akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan itulah yang kami nampak maka ia menjuruska­n kami membantu masyarakat luar bandar terutama di Gedong.

“Kami merancang memasang lebih banyak lagi mesin ATM di tempat-tempat lain yang memerlukan mesin ATM,” kata Halek menambah.

 ??  ?? JADI KENYATAAN: Naroden (dua kiri) menerima surat kelulusan pihak AGRO Bank daripada Halek (dua kanan) semalam.
JADI KENYATAAN: Naroden (dua kiri) menerima surat kelulusan pihak AGRO Bank daripada Halek (dua kanan) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia