Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga rumah terjejas akibat tanah runtuh

ADUN Pantai Dalit usaha selesai masalah penduduk Kg. Giling Laut dan Kg. Nongkolud

- Oleh Hassim Haji Othman

KOTA KINABALU: Tiga rumah penduduk di Kg. Nongkolud hampir runtuh dan tertimbus tanah, manakala paip utama di Kampung Giling Laut turut patah akibat tanah runtuh berikutan hujan lebat pada Sabtu lalu, bagaimana pun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pembantu Menteri Kewangan ll yang juga ADUN Pantai Dalit Jasnih Daya yang dikhabarka­n tentang kejadian itu telah turun padang bagi meninjau sendiri kejadian berkenaan.

Jasnih dalam perkongsia­n menerusi Facebookny­a memberitah­u, Kg. Giling dan Kg. Nongkolud yang terletak dalam kawasan DUN Pantai Dalit adalah antara perkampung­an yang kebanyakan rumah pendudukny­a dibina di lereng-lereng bukit.

Menurutnya, musim hujan begini memang sering berlaku runtuhan-runtuhan kecil yang memberi kebimbanga­n kepada penduduk di sini akibat daripada hakisan tanah dari air hujan yang berlaku.

Katanya, antara perkara yang perlu diambil kira dengan cermat apabila pembinaan jalan dan rumah dibuat, adalah keberkesan­an sistem perparitan dan saliran di lereng-lereng bukit ini.

“Apabila sistem perparitan ini tidak dibina dengan cermat dan teratur, peluang untuk kejadian tanah runtuh berlaku adalah tinggi.

“Beberapa keluarga di perkampung­an ini telah ditimpa nasib malang apabila rumah-rumah mereka dilanda tanah runtuh.

“Alhamdulil­lah, mujurlah tiada kemalangan jiwa yang berlaku,” katanya.

Pada masa sama, Jasnih turut meninjau tebing Surau Al-Hidayah Kg. Giling Laut yang turut terhakis dan runtuh pada kejadian hari berkenaan dan meninjau sebuah danau yang menjadi punca utama limpahan air hujan ke jalan utama di kampung ini apabila musim hujan.

Katanya, beliau akan berusaha untuk membantu mencari jalan bagi menyelesai­kan masalah berkenaan dalam masa terdekat.

“InsyaAllah, kita akan membantu selesaikan masalah ini dengan bantuan Pejabat UPPM N.13 Pantai Dalit, Pejabat Daerah Tuaran, JKR, Jabatan Pengairan dan Saliran serta jabatan-jabatan lain yang berkenaan.

“Kita akan cari penyelesai­an jangka masa pendek dan juga untuk jangka masa panjang,” katanya.

Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Air Sabah yang telah segera menyelesai­kan masalah paip utama yang patah di Kg Giling Laut.

Sementara itu, dalam hal yang berkaitan, kerja-kerja membuat parit bagi mengalirka­n air yang bertakung di danau Kg. Giling telah dilaksanak­an pada Isnin (30 Nov) atas usaha wakil rakyat Pantai Dalit Jasnih Daya.

Sehubungan dengan itu, para penduduk di sini merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas keprihatin­an Jasnih dan tindakan segera beliau menyelesai­kan permasalah­an di Kg. Giling berkenaan.

 ??  ?? TERHAKIS: Tebing Surau Al-Hidayah Kg. Giling Laut yang turut terhakis dan runtuh dalam kejadian pada hari berkenaan.
TERHAKIS: Tebing Surau Al-Hidayah Kg. Giling Laut yang turut terhakis dan runtuh dalam kejadian pada hari berkenaan.
 ??  ?? BAHAYA: Jasnih meninjau tebing sebuah rumah yang runtuh dan menjejaska­n rumah penduduk di perkampung­an berkenaan.
BAHAYA: Jasnih meninjau tebing sebuah rumah yang runtuh dan menjejaska­n rumah penduduk di perkampung­an berkenaan.
 ??  ?? TERTIMBUS: Jasnih diberi penerangan berhubung rumah penduduk kampung yang terjejas akibat tanah runtuh.
TERTIMBUS: Jasnih diberi penerangan berhubung rumah penduduk kampung yang terjejas akibat tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia