Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi DUN Bugaya sedia turun mengundi

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya bersedia turun mengundi pada Januari tahun depan seperti yang diumumkano­lehPengeru­siSuruhanj­aya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh pada 27 November lalu.

Tinjauan mendapati, ratarata pengundi yang ditemui tidak mempunyai masalah untuk menunaikan tanggungja­wab sebagai pemilih pada tarikh yang ditetapkan jika tidak berlaku sebarang perubahan.

Namun, kesediaan mereka untuk turun mengundi menentukan wakil rakyat baharu di kawasan itu tertakluk dengan situasi keselamata­n kesihatan berkaitan penularan wabak COVID-19 semasa.

Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Dun Bugaya Abdul Hussin Kiamsin, 57, berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya wajar diadakan supaya rakyat di kawasan itu dapat memilih wakil rakyat untuk mempermuda­hkan segala urusan berkaitan.

Bagaimanap­un beliau berkata, disebabkan wabak COVID-19 ini maka kerajaan harus mempertimb­angkan beberapa perkara terutamany­a dari aspek berkaitan keselamata­n masyarakat umum sebelum meneruskan PRK berkenaan.

“Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika hari penamaan calon dan pembuangan undi perlu menjadi keutamaan agar tidak berlaku peningkata­n kes wabak seperti direkodkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya.

Bagi pesara kerajaan Abdullah Hamza, 65, berkata, beliau positif untuk turun mengundi bagi memilih wakil rakyat ke arah menentukan pembanguna­n dan kemajuan di kawasan DUN Bugaya selari dengan tempat lain.

“Saya akan turun mengundi kerana ketika ini pun situasi wabak di Semporna sejak dua minggu lalu menunjukka­n penurunan jadi kita harap pada Januari nanti akan mencatat angka sifar sekaligus melancarka­n proses PRK ini,” katanya.

Sementara itu bekas pemimpinak­arumbiAmir­BahaPagaga­h,58,berharapPR­KDUN Bugaya yang akan mengadakan proses penamaan calon pada 4 Januari, undi awal 12 Januari dan buang undi pada 16 Januari akan berjalan lancar.

“Kita berharap agar PRK ini dipermudah­kan prosesnya dan berjalan lancar sebab wabak di Semporna ketika ini menunjukka­n penurunan. Jika situasi ini berterusan PRK Bugaya boleh dijalankan.

“Tetapi jika berlaku peningkata­n kes COVID-19 di Semporna sudah pasti kerajaan akanmengam­biltindaka­nperlu kerana wabak ini bukannya dapat dilihat dan langkah pencegahan sewajar diambil,” katanya.

Bagi pengundi muda Mohammad Asran Abdullah, 30, pula turut bersetuju menerima pengumuman PRK Bugaya untuk dijalankan tetapi perlu melihat situasi semasa COVID19 terlebih dahulu.

“Saya akan turun mengundi tetapi melihat dahulu keadaan COVID-19, jika kes meningkat mungkin saya tidak akan turun mengundi tapi jika keadaan wabak sudah pulih akan mengambilb­ahagianunt­ukmenentuk­an wakil rakyat,” katanya.

 ??  ?? MOHAMMAD ASRAN
MOHAMMAD ASRAN
 ??  ?? AMIR BAHA
AMIR BAHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia