Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Sabah kecam WARISAN sengaja tidak hadir Sidang Dewan Rakyat

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mengecam tindakan Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (WARISAN) kerana sengaja tidak hadir Sidang Dewan Rakyat dengan alasan mahu menunjukka­n rasa kecewa terhadap kepimpinan presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan PKR Sabah Simsudin Sidek berkata, tindakan itu telah menggagalk­an usaha pembangkan­g dalam undian belah bahagi Rang UndangUnda­ng (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankua­sa semalam.

“Hal itu menunjukka­n WARISAN ingin membalas dendam terhadap Ketua

Pembangkan­g yang telah mengarahka­n semua Ahli Parlimen pembangkan­g untuk tidak menolak Belanjawan 2021 di peringkat dasar tempoh hari,” katanya.

Simsudin yang juga Ketua Cabang PKR Labuan berkata Anwar telah memberi penjelasan kepada semua Ahli Parlimen pembangkan­g tentang arahan berkenaan.

Namun, Ahli Parlimen WARISAN tetap bersepakat tidak hadir dalam sesi undian berkenaan dengan alasan untuk menghantar isyarat protes kepada Pakatan Harapan (PH).

Simsudin menegaskan, kepimpinan WARISAN harus sedar bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk berpolitik atau menunjukka­n rasa tidak puas hati kerana pembangkan­g perlu bekerjasam­a membela rakyat mengatasi kemeleseta­n ekonomi dan pandemik COVID-19.

Jelasnya, WARISAN perlu mengambil iktibar selepas kekalahan Pilihan Raya Negeri Sabah lalu di mana sekarang waktunya untuk bersatu padu dan bukan berpecah belah sehingga merugikan blok pembangkan­g itu sendiri.

“Saya menyeru kepada kepimpinan WARISAN agar berhenti melakukan tindakan tidak munasabah, seterusnya mengingatk­an parti berkenaan supaya mempunyai sifat setia kawan yang sebenar,” katanya.

 ??  ?? TINDAKAN SEGERA: Kerja-kerja membuat saliran parit dari danau yang mendatangk­an masalah banjir jalan raya di Kg. Giling telah mula dilakukan.
TINDAKAN SEGERA: Kerja-kerja membuat saliran parit dari danau yang mendatangk­an masalah banjir jalan raya di Kg. Giling telah mula dilakukan.
 ??  ?? ROBOH: Salah sebuah rumah penduduk yang roboh akibat tanah runtuh.
ROBOH: Salah sebuah rumah penduduk yang roboh akibat tanah runtuh.
 ??  ?? SIMSUDIN
SIMSUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia