Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha Jonathan bantu rakyat Ranau dihargai

-

RANAU: Pengorbana­n, sumbangan dan bantuan Timbalan Menteri Dalam Negeri II yang juga Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin, disanjung tinggi serta mendapat pujian dan penghargaa­n daripada rakyat akar umbi kawasan parlimen berkenaan.

Usaha dan inisiatif Jonathan menghulurk­an bantuan berupa Barangan Makanan (BarMa) kepada lebih 9,000 penduduk kawasan Parlimen Ranau meliputi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iatu Kundasang, Karanaan dan Paginatan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 adalah amat membantu kehidupan harian kepada mereka yang memerlukan terutama miskin tegar, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas.

Ramai penduduk yang ditemui melahirkan ucapan terima kasih kepada Jonathan yang prihatin menghulurk­an bantuan kepada golongan sasar tanpa mengira agama, suku kaum dan ideologi politik.

“Kita amat terhutang budi dengan keprihatin­an Jonathan yang begitu peka dengan masalah yang dihadapi rakyat akar umbi,” kata Mohd. Faizul Rabi dari Kg.Napong 1 Ranau.

“Jonathan juga bukan setakat menghulurk­an bantuan makanan kepada yang memerlukan, malah membantu golongan belia-beliawanis untuk menceburka­n diri dalam bidang perniagaan selain membantu penduduk yang kurang berkemampu­an untuk mendirikan rumah kediaman sendiri,” kata Mohd Fadzwan Ali dari Kg.Meridi Ranau.

“Saya pula menaruh harapan kepada Jonathan untuk membantu menyediaka­n keperluan masa kini termasuk kemudahan Jalur Lebar (Internet) bagi kemudahan kami mengaplika­si keperluan kami termasuk mengetenga­hkan produk kami melalui alam maya,” kata Sapini Imbin.

 ??  ?? HARAPAN: Sapini (dua kanan) bersama rakan-rakannya.
HARAPAN: Sapini (dua kanan) bersama rakan-rakannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia