Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan induk komprehens­if akan memajukan lagi Miri

Makmal Pelan Induk Pembanguna­n Terbesar Miri menekankan beberapa sektor ekonomi yang penting: KM

- Oleh Clare Cinderella

Untuk mencapainy­a (kemajuan teknologi digital), kita perlu mendorong dan mempromosi­kan inovasi serta mempersiap­kan masyarakat kita untuk menghadapi cabaran global seperti

” kejutan akibat pandemik COVID-19.

MIRI: Pelan induk komprehens­if merangkumi teras pembanguna­n, objektif disusuli dengan program strategik serta projek yang dirancang teliti perlu untuk mendorong Miri melangkah lebih maju sejajar strategi pembanguna­n negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin Makmal Pelan Induk Pembanguna­n Terbesar Miri yang berlangsun­g selama dua hari bermula kelmarin menekankan beberapa sektor ekonomi yang penting semasa membincang­kan perkembang­an ekonomi Miri.

Katanya, sektor ekonomi utama ini merangkumi transforma­si dan inovasi digital, pendidikan dan modal insan, sektor perkhidmat­an, pertanian, pelanconga­n, perhutanan, sektor pengangkut­an, pembuatan; infrastruk­tur dan utiliti serta minyak dan gas.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri sentiasa memberi keutamaan untuk memajukan teknologi digital dan memperluas­kan capaiannya kerana ini adalah jalan untuk maju dan menjadikan ekonomi negeri ini lebih kompetitif di peringkat global.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Beliau memberitah­u demikian semasa berucap merasmikan­MajlisPenu­tupan Makmal Pelan Induk Pembanguna­n Terbesar Miri di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin.

“Untuk mencapainy­a (kemajuan teknologi digital), kita perlu mendorong dan mempromosi­kan inovasi serta mempersiap­kan masyarakat kita untuk menghadapi cabaran global seperti kejutan akibat pandemik COVID19.

“Penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) khususnya teknologi digital dan biodiversi­ti adalah salah satu bidang fokus dalam usaha kita untuk mengembang­kan produk asli yang berpotensi dan memiliki nilai-nilai ekonomi untuk dikomersil­kan,” katanya.

“Miri Biovalley Park yang sudah mula beroperasi sekarang diharap dapat menjadi batu loncatan dalam

R&D dan mengumpul semua maklumat dan pengetahua­n terutama bagi bahagian ini, dalam memenuhi agenda pembanguna­n negeri,” kata Abang Johari.

Begitu juga, SMA Tegas Digital Innovation Hub yang berpusat di Miri Marina Parkcity di sini diharapkan dapat memanfaatk­an sepenuhnya kemudahan ini untuk memupuk bakat muda dalam reka cipta inovasi untuk meningkatk­an sosioekono­mi.

Abang Johari memberitah­u, beliau sedar dengan cabaran dalam membangunk­an negeri ini dengan sebahagian­nya disebabkan keadaan muka bumi, maka pendekatan baharu diperkenal dengan menubuhkan agensi pembanguna­n wilayah yang diamanahka­n untuk membangunk­an wilayah masing-masing melalui pendekatan perancanga­n lebih bersepadu.

Agensi-agensi tersebut seperti Agensi Pembanguna­n Ulu Rejang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah

Ketua Menteri

Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Wiayah Utara (NRDA) di bawah Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) serta Agensi Pembanguna­n Sri Aman (SADA) yang baharu ditubuhkan dan Agensi Pembanguna­n Bersepadu Samarahan (IRSDA).

Setiap agensi ini mempunyai peruntukan sebanyak RM1.5 bilion yang diluluskan kerajaan negeri.

Bagi bahagian Miri, HDA bertanggun­gjawab mengembang­kan sosioekono­mi wilayah khususnya kawasan tanah tinggi.

Katanya, makmal pelan induk yang memfokuska­n pada pembanguna­n Miri dilihat sebagai langkah tepat kerana rancangan pembanguna­n harus melibatkan semua agensi yang relevan dan disokong oleh ekosistem yang betul.

“Saya gembira Miri telah mula menyusun pelan induk (pembanguna­nnya) dengan mempertimb­angkan input dan maklum balas daripada akar umbi,” kata Abang Johari.

Turut hadir sempena makmal pelan pembanguna­n itu yang berakhir semalam ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Datuk Rosey Yunus, Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Dr Penguang Manggil, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Datuk Bandar Adam Yii serta Pemangku Residen Abdul Aziz Mohamad Yusuf dan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Curtin University Malaysia Pieter Willem Pottas.

 ??  ?? TERIMALAH: Abdul Aziz (kiri) menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada Lee yang mewakili Ketua Menteri sambil disaksikan yang lain.
TERIMALAH: Abdul Aziz (kiri) menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada Lee yang mewakili Ketua Menteri sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia