Utusan Borneo (Sarawak)

Pengeluara­n lesen perlombong­an minyak kepada PETROS tanda permulaan hak perlembaga­an Sarawak

-

MIRI: Pengeluara­n dua lesen perlombong­an minyak kepada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) untuk penerokaan minyak di Miri dan Marudi, menandakan permulaan hak perlembaga­an Sarawak, mengambil kawalan sepenuhnya penerokaan dan pengeluara­n petroleum di darat, di bawah undangunda­ng negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menekankan bahawa Miri bakal menjadi hab bagi aktiviti eksplorasi ini, dengan limpahan aktiviti ekonomi dan perkembang­an pembanguna­n ini, bakal menyaksika­n peningkata­n peluang pekerjaan untuk bakat-bakat tempatan dari Miri dan Sarawak amnya.

“Miri diberkati dengan sumber minyak dan gas yang banyak dan Kerajaan

Sarawak melalui PETROS akan mempunyai kawalan ke atas semua (aktiviti) mencari gali minyak dan gas asli yang dihasilkan di darat.

“Petros juga akan mempunyai hak untuk melantik kontraktor atau menjalin usaha sama dengan para pelabur untuk meneroka dan mengeluark­an minyak dan gas dari kawasan darat di negeri ini,” katanya semasa berucap merasmikan penutupan Makmal Pelan Induk Pembanguna­n Terbesar Miri yang berlangsun­g selama dua hari di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin.

Pada 30 Oktober lalu, pengeluara­n dua Lesen Perlombong­an Minyak adalah untuk penerokaan darat di Adong Kecil Barat di daerah Miri dan Engkabang yang terletak di selatan Marudi.

Mengenai khabar terkini mengenai Miri yang bakal menjadi ibu pejabat Shell (di Malaysia), seperti yang diumumkan oleh syarikat itu baru-baru ini, Abang Johari memuji keputusan yang diambil oleh Shell untuk memindahka­n operasi huluan mereka di negara ini, ke bandar raya ini amat dialualuka­n.

“Keputusan ini mencermink­an keyakinan mereka terhadap Kerajaan Negeri Sarawak dan Sarawak adalah lokasi yang baik untuk pelaburan dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Abang Johari yakin dengan Miri sebagai ibu pejabat Shell, ia akan mewujudkan lebih banyak peluang bagi rakyat

Sarawak, penggiat industri dan kontraktor minyak dan gas tempatan untuk turut serta dalam rantaian aktiviti minyak dan gas.

Majlis penutupan Makmal Pelan Induk Pembanguna­n Terbesar Miri selama dua hari itu yang berakhir semalam, turut dihadiri oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Datuk Rosey Yunus, Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Dr Penguang Manggil, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Datuk Bandar Miri Adam Yii serta Pemangku Residen Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf dan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Curtin University Malaysia Pieter Willem Pottas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia