Utusan Borneo (Sarawak)

Nasihat dan bantuan untuk perkasa sektor pertanian negeri

-

BINTULU: Kerajaan akan berusaha untuk terus memperkasa­kan sektor pertanian di negeri ini melalui khidmat nasihat dan bantuan dalam usaha untuk memastikan pendapatan isi rumah negeri ini mencapai tahap tinggi menjelang tahun 2030.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri(UndangUnda­ng dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan KetuaMente­riDatukPat­inggi Abang Johari Tun Openg mempunyai perancanga­n khusus untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai tahap tinggi.

Justeru katanya, kerajaan terus komited membantu rakyat di negeri ini melalui pelbagai pendekatan antaranya adalah membawa keterlibat­an penduduk dalam aktiviti pertanian sebagai perniagaan.

“Antara usaha itu ialah penduduk digalak menanam buah-buahan atau sayursayur­an yang mendapat permintaan serta harga tinggi di pasaran,” ujarnya berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Robert Ahsoon, Sungai Empang Sangan, Tatau kelmarin.

Beliau berkata, apa yang penting dalam usaha itu adalah kerjasama dan sokongan rakyat di luar bandar kepada kerajaan GPS akan menjamin pelaksanaa­n pelbagai projek serta pembanguna­n yang lancar di luar bandar.

Pada masa sama katanya, Kerajaan Sarawak melalui pelbagai inisiatif telah berusaha membantu dan membangunk­an kawasan luar bandar melalui beberapa bantuan melalui Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Projek Transforma­si Luar Bandar(RTP), Dana Fasilitasi Pertanian (AFF), Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak (RES) dan Projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES).

Selain itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Kakus itu berkata, kerajaan turut menyalurka­n Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), Endowment Fund Sarawak (EFS), Bantuan Ibu Bersalin, Kenyalang Gold Card kepada warga emas di Sarawak dan sebagainya.

Pada majlis itu beliau mengumumka­n geran MRP sebanyak RM5,000 kepada Biro Wanita Rumah Robert serta Program Penambahba­ikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) sebanyak RM2,500 bagi setiap pintu untuk 27 pintu Rumah Robert dengan kos keseluruha­nnya RM67,500.

Hadir sama dalam program itu Penghulu Lubon Kinchang, Penghulu Michael Agul serta penduduk setempat.

 ??  ?? HADIR: Sikie (tengah) disambut mesra penduduk setibanya di Rumah Robert, kelmarin.
HADIR: Sikie (tengah) disambut mesra penduduk setibanya di Rumah Robert, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia