Utusan Borneo (Sarawak)

Tahun 2021 peralihan fasa pemulihan ekonomi negara

Pemulihan ekonomi ambil kira wujudnya vaksin COVID-19 yang dijangka diguna tahun depan

- Oleh Mastura Ismail

Tahun 2021 masih lagi dalam keadaan kita menghadapi COVID-19 tetapi dijangka bermula tempoh pemulihan

” ekonomi.

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail

LIMBANG: Tahun 2021 menjadi peralihan fasa pemulihan ekonomi negara selepas terjejas akibat pandemik COVID-19.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pemulihan ekonomi negara memasuki 2021 mengambil kira wujudnya vaksin COVID-19 yang dijangka digunakan tahun depan.

“Tahun 2021 masih lagi dalam keadaan kita menghadapi COVID-19 tetapi dijangka bermula tempoh pemulihan ekonomi.

“Kita berharap 2022, Malaysia pulih sepenuhnya daripada pandemik COVID-19,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Jawatankua­sa Badan Kebajikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Islam Daerah Limbang di sini, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, kerajaan persekutua­n dan negeri terus menyalurka­n bantuan kepada golongan terkesan akibat pandemik COVID-19 menerusi Bantuan Prihatin Nasional dan Bantuan Khas Sarawakku Sayang.

Katanya, penglibata­n masyarakat dalam industri tamu mini yang dijalankan sekarang nyata mampu memberi pulangan lumayan dalam menjana pendapatan meskipun ketika negara dalam pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kerajaan sentiasa menggalakk­an rakyat menjana pendapatan dengan mengusahak­an aktiviti perniagaan, industri kecil dan sederhana (IKS), tanaman, produk makanan dan minuman dan sebagainya,” jelas beliau.

Dr Abdul Rahman berkata, selain mewujudkan industri tamu mini di peringkat kampung, sektor pelanconga­n domestik juga semakin berkembang dan mampu menarik kedatangan pengunjung tempatan terutama pada setiap hujung minggu.

“PKPP banyak memberi idea kepada masyarakat agar lebih kreatif dan inovatif dengan menganjurk­an

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah

pelbagai tamu mini yang menyediaka­n jualan pelbagai produk tempatan termasuk trend jualan bunga eksotik yang mendapat sambutan luar biasa,” jelasnya.

Beliau berkata, rakyat kini semakin kreatif mengusahak­an pelbagai aktiviti ekonomi bagi menampung pendapatan keluarga.

“Jualan pelbagai tanaman bunga eksotik dan berniaga secara kecil-kecilan menjadi trend semasa PKPP ini justeru membantu mereka menyara keluarga,” katanya.

Perkembang­an ini turut memberi kesan terhadap sektor pelanconga­n domestik yang sebelum ini ‘sepi’, kini menjadi tumpuan.

Justeru, masyarakat perlu terus berusaha memperting­katKAN kemahiran menggunaka­n ruang dan peluang yang ada.

 ??  ?? ABDUL RAHMAN
ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia