Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan rentasi Batang Tinjar dalam perancanga­n: Penguang

-

MARUDI: Kerajaan dalam perancanga­n untuk membina jambatan menyeberan­gi Batang Tinjar menghubung­kan Long Teran Kiri, Batu dan Long Teran Kanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil berkata, pembinaan jambatan itu adalah usaha kerajaan untuk memendekka­n perjalanan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Long Teran, Lapok, Beluru dan kawasan lain di Tinjar.

“Saya sudah mengemukak­an cadangan dan setakat ini sedang berusaha mendapatka­n peruntukan.

“Saya berharap apabila ia diluluskan, projek ini akan membawa manfaat kepada rakyat di Tinjar dan kawasan berhampira­n,” katanya berucap pada Program Pelantikan Ketua Kampung Abraham David di rumah panjang tersebut baru-baru ini.

Penguang yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan memberitah­u, beberapa projek pembanguna­n di bawah projek transforma­si luar bandar (RTP) sedang berjalan lancar.

Katanya, ini termasuk menaik taraf Jalan Long Teran Kiri dan Long Teran Batu sepanjang 18 kilometer, penyambung­an projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES), membaiki rumah panjang dan jalan raya.

“Malah dewan yang kita gunakan hari ini dibina menggunaka­n geran RTP di bawah Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau,” tambah beliau.

Dalam pada itu Penguang menasihati penduduk rumah panjang agar memberi sokongan dan kerjasama kepada ketua kampung yang baharu dilantik bagi memudahkan pelaksanaa­n pembanguna­n yang sudah dirancang kerajaan di kawasan Tinjar.

Pada majlis itu, Penguang mengumumka­n geran projek kecil luar bandar berjumlah RM15,000 untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Long Teran Batu dan RM5,000 lagi masingmasi­ng untuk Biro Wanita Long Teran Kanan, Long Teran B dan Long Teran Kiri.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Robert Ayu.

 ??  ?? TERIMALAH: Abraham menyampaik­an cenderamat­a kepada Penguang (empat kanan).
TERIMALAH: Abraham menyampaik­an cenderamat­a kepada Penguang (empat kanan).
 ??  ?? BERSAMA RAKYAT: Aidel merakam kenangan bersama peserta Kursus Tahsin Imam dan Bilal anjuran MIS Bahagian Samarahan di Dewan Haji Daeng Pesandrek Kampung Iboi Ulu, di Sadong Jaya kelmarin.
BERSAMA RAKYAT: Aidel merakam kenangan bersama peserta Kursus Tahsin Imam dan Bilal anjuran MIS Bahagian Samarahan di Dewan Haji Daeng Pesandrek Kampung Iboi Ulu, di Sadong Jaya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia