Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai semula struktur bayaran pampasan Pan Borneo

Pampasan kepada penduduk dipindahka­n sebelum ini hanya ambil kira kos rumah, pokok tanaman

- Oleh Borhaniza Ali Basah

Saya harap kerajaan dapat membayar pampasan dengan cara lain kepada penduduk terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan

Lebuh Raya Pan Borneo.

Christophe­r Gira Sambang

SIBU: Pampasan kepada penduduk yang dipindahka­n kerana pelaksanaa­n projek Lebuh Raya Pan Borneo wajar dinilai semula struktur pembayaran­nya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang berkata, pampasan dibayar kepada penduduk rumah panjang dipindahka­n sebelum ini hanya mengambil kira kos seperti bangunan rumah dan pokok tanaman sahaja.

“Saya harap kerajaan dapat membayar pampasan dengan cara lain kepada penduduk terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Bantuan boleh diberikan seperti bahan binaan, peruntukan lain membantu rumah panjang membuat sambungan elektrik kepada rumah panjang baharu dan jalan raya baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian

ADUN Tamin kepada pemberita selepas merasmikan tapak rumah baharu Rumah Andi Manggui di Sungai Sebaya Selangau, Sabtu lalu.

Gira berkata, pampasan diterima penduduk tidak merangkumi kos penyambung­an elektrik dan air yang perlu ditanggung sendiri penduduk rumah panjang selepas mereka berpindah ke rumah baharu.

Menurutnya, beliau ada menyuaraka­n isu itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan diberitahu pampasan dibayar adalah muktamad.

“Sebab itu, saya berharap kerajaan dapat memikirkan cara lain membantu penduduk terbabit,” katanya.

Pada majlis itu, Gira mengumumka­n dana RM100,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Andi bagi membantu mereka membeli sebahagian bahan binaan membina rumah panjang baharu.

Rumah Andi merupakan salah sebuah daripada 25 rumah panjang di kawasan DUN Tamin yang terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

 ??  ?? RASMI: Gira (tengah) bersama penduduk rumah panjang ketika merasmikan tapak rumah baharu, Rumah Andi Manggui di Sungai Sebaya, Selangau, Sabtu lalu.
RASMI: Gira (tengah) bersama penduduk rumah panjang ketika merasmikan tapak rumah baharu, Rumah Andi Manggui di Sungai Sebaya, Selangau, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia