Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda, Wanita PBB Tellian baiki titian kayu rumah penduduk

-

MUKAH: Sebelum ini, titian kayu yang dilalui setiap hari untuk ke rumah Noorlia Dahalan kelihatan sedikit usang.

Apatah lagi ada kayu yang sudah tidak berapa elok kerana dimamah usia.

Sering ditimpa hujan dan panas, akhirnya titian itu menjadi lusuh dan usang selari dengan usianya.

Baru-baru ini, satu program khidmat masyarakat iaitu Community On The Go (COTG) Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tellian telah bertindak membaik pulih dan memperbaik­i titian kayu untuk ke rumah Noorlia.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PBB Tellian Royston Valentine, program seumpama itu adalah bagi membantu penduduk di peringkat kampung seperti membaik pulih dan memperbaik­i kediaman terutama dalam kalangan mereka yang tidak bernasib baik.

“Program dijalankan secara gotong-royong melibatkan Pemuda dan Wanita di peringkat cawangan serta ranting,” katanya kepada Utusan Borneo.

Sebelum ini, program sama turut diadakan untuk fasa pertama di Kampung Petanak, Kampung Penat, Kampung Kuala Lama, Kampung Judan dan kini di Kampung Tellian Ulu yang kesemuanya terletak di bawah Dewan Undangan Negeri Tellian.

Fasa kedua bakal bermula pada Disember ini di kawasan hulu dan sekitar kawasan Mukah.

Ribuan terima kasih tidak terhingga turut diucapkan kepada ADUN Tellian Yussibnosh Balo kerana telah menyuntik dana bagi pelaksanaa­n program.

Gotong-royong memperbaik­i dan baik pulih titian ke rumah peserta bermula pada jam 8 pagi dan berakhir 1 petang.

Selain Pemuda dan Wanita PBB Tellian, turut menyertai gotong-royong dimaksudka­n asalah pasukan sukarelawa­n MY Volunteers.

Turut hadir Exco Pemuda PBB Cawangan Tellian Stanislaus Mateloh yang juga selaku ketua projek.

 ??  ?? MIRI BERJAYA: Royston (dua kanan) bersama yang lain merakam kenangan di rumah peserta COTG DUN Tellian.
MIRI BERJAYA: Royston (dua kanan) bersama yang lain merakam kenangan di rumah peserta COTG DUN Tellian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia