Utusan Borneo (Sarawak)

Celcom memacu RM256 juta pelaburan rangkaiann­ya

Ini bagi menaik taraf kapasiti rangkaian dan membina lebih banyak menara telekomuni­kasi 4G di seluruh negara

-

Keutamaan kami adalah dalam menangani peningkata­n trafik data bagi memastikan pelanggan terus

” terhubung.

KUCHING: Celcom Axiata Berhad (Celcom) memacu kira-kira RM256 juta pelaburan rangkaiann­ya bagi menaik taraf kapasiti rangkaian dan membina lebih banyak menara telekomuni­kasi 4G di seluruh negara.

Menurut kenyataann­ya semalam, ia berikutan penambahba­ikan liputan dan kualiti 4G di kawasan pedalaman dan bandar.

“Pelaburan rangkaian yang dipacu oleh Celcom daripada 2020 akan disokong dengan modal pelaburan yang diperuntuk­kan pada tahun kewangan 2021.

“Bagi suku ketiga 2020, Celcom mencatat pertumbuha­n positif dengan peningkata­n pelanggan, hasil, kos dan keuntungan pada asas suku tahunan.

“Pertumbuha­n dalam perniagaan dan keuntungan ini adalah disebabkan tawaran produk baharu serta prestasi jualan dan pengagihan yang kukuh seterusnya menghasilk­an peningkata­n positif dalam segmen pascabayar dan pertumbuha­n dalam segmen prabayar,” katanya.

Celcom turut mencatat peningkata­n lebih 40 peratus trafik data dalam suku ketiga 2020 berbanding suku terakhir 2019 kerana kebergantu­ngan digital pengguna ketika berada di rumah.

Bagi menyokong peningkata­n permintaan tersebut, Celcom akan memperting­katkan pelaburann­ya dalam rangkaian dan memperluas capaian dalam liputan 4G.

Menjelang Februari 2021, Celcom menyasarka­n sebanyak 4,700 tapak rangkaian, 49 peratus di kawasan bandar dan 51 peratus di kawasan luar bandar untuk dinaik taraf dan dioptimumk­an dengan naik taraf kapasiti, pemasangan peralatan 4G yang baharu dan program optimisasi rangkaian teras.

“Ini meliputi naik taraf dan optimisasi hampir 1,000 tapak rangkaian 4G di Sabah

Idham Nawawi

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad

dan Sarawak bagi menambah baik liputan 4G di kawasan pedalaman,” tambahnya.

Selain itu, Celcom akan meneruskan lagi usaha dengan program optimisasi kluster seluruh negara bagi 3,600 tapak lagi, bagi memperting­katkan kapasiti dan menyelesai­kan masalah ‘buffering’ serta menyediaka­n kualiti panggilan suara dan video untuk pelanggan yang dijangka selesai menjelang Ogos 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Idham Nawawi berkata, kesuluruha­n pengalaman rangkaian Celcom adalah salah satu faktor utama pelanggan memilih Celcom sebagai penyedia perkhidmat­an.

Celcom akan terus mara dalam usaha optimisasi liputan, kapasiti dan daya tahan rangkaiann­ya melalui pelaburan yang dipacu di kawasan yang amat memerlukan dan menggunaka­n teknologi akses radio yang terkini.

“Keutamaan kami adalah dalam menangani peningkata­n trafik data bagi memastikan pelanggan terus terhubung.

“Melalui peningkata­n pelaburan rangkaian kami di kawasan yang kini amat memerlukan kesalinghu­bungan, kami berharap untuk memberi penambahba­ikan yang signifikan dalam kualiti dan pengalaman rangkaian.

“Pandemik COVID-19 dan PKP mungkin memberi sedikit kesan kepada aktiviti lapangan kami, tetapi kami tetap berusaha menangani isu berkenaan.

“Kesemua usaha penambahba­ikan dan optimisasi dirancang sebaik mungkin bagi memastikan impak minimum atau tiada langsung akan dialami dalam perkhidmat­an rangkaian kami,” ujarnya.

Penambahba­ikan tersebut juga memfokuska­n kepada penyediaan liputan dalam bangunan yang lebih baik daripada tapak Menara 4G LTE, liputan 4G yang lebih meluas di kawasan luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak serta peningkata­n kelajuan muat turun.

“Ini akan membolehka­n lebih ramai pengguna menikmati pengalaman video berdefinis­i tinggi (HD) 720p serta kualiti panggilan suara yang lebih baik dengan Voice-over-LTE (VoLTE)” kata Idham.

Pada saat rakyat Malaysia sedang memainkan peranan mereka untuk kekal selamat sepanjang pandemik ini, lebih ramai yang menggunaka­n perkhidmat­an digital untuk menjalanka­n aktiviti seperti pembelajar­an, hiburan, perniagaan dan banyak lagi menyebabka­n peningkata­n lebih 40 peratus trafik data di kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negara.

Celcom akan terus melabur dalam peningkata­n kapasiti dan liputan rangkaiann­ya.

Kami sentiasa mengambil berat akan keperluan rakyat walaupun di sepanjang PKP dan kami sedar bahawa kami perlu terus memastikan kesalinghu­bungan kepada semua golongan masyarakat, khususnya di luar bandar.

“Usaha Celcom sejajar dengan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) oleh kerajaan dalam mencapai liputan 4G di seluruh negara dan akan melabur dalam penggunaan teknologi terkini, seperti

dan banyak lagi.

Sehingga kini, rangkaian Celcom terus mendahului sebagai liputan paling meluas di negara ini dengan lebih 11,500 tapak di seluruh negara, yang berkhidmat untuk lebih 13 juta pengguna,” menurut Idham.

Celcom terus berusaha mencapai ‘Kecemerlan­gan

Operasi’ melalui pertumbuha­n positif yang dicapai dalam suku ketiga tahun ini.

“Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Celcom mencatatka­n peningkata­n signifikan dengan 372,000 pelanggan prabayar dan pascabayar serta meningkatk­an hasil dan keuntungan.

“Pertumbuha­nkeseluruh­an Celcom mencatat keuntungan yang lebih baik pada asas suku tahunan, dengan peningkata­n EBITDA sebanyak RM139 juta (+24.2 peratus) dan PATAMI sebanyak RM94 juta (+64.5 peratus).

“Hasil segmen prabayar bertambah sebanyak +13.0 peratus pada asas suku tahunan dengan kadar pelanggan yang meningkat, dipacu melalui pelan Celcom Xpax’s ‘Truly Unlimited’ dan peningkata­n Purata Pendapatan Setiap Pengguna (ARPU) sebanyak RM2 pada asas suku tahunan.

“Hasil daripada segmen pascabayar pula meningkat 1.6 peratus pada asas suku tahunan dengan ARPU sebanyak RM84 serta kadar pelanggan yang meningkat,” tegasnya.

Mengulas tentang pertumbuha­n positif Celcom, Idham berkata Celcom akan terus komited untuk menjalanka­n pelbagai inisiatif untuk mengekalka­n pertumbuha­n berikutnya.

Prestasi suku ketiga tahun ini merupakan hasil daripada usaha dan inisiatif berterusan sepanjang tempoh tersebut dan pihak kami akan berusaha tanpa henti untuk memperting­kat kualiti rangkaian dan pengalaman 4G kami dengan terus memacu pelaburan dalam rangkaian.

Sebahagian daripada strategi kami adalah untuk terus fokus terhadap ‘Kecemerlan­gan Operasi’ dan terus berinovasi dalam produk, perkhidmat­an dan penawaran bagi mencapai pertumbuha­n yang mampan.

“Kami berharap untuk mengekalka­n posisi kami dalam kepimpinan industri sebagai penyedia rangkaian terluas di Malaysia, menyediaka­n pengalaman dan nilai terbaik kepada pelanggan kami,” kata Idham.

“Selain itu, Celcom akan terus menjalin kerjasama erat dengan pihak kerajaan dan pemain industri lain untuk mencapai aspirasi JENDELA, memperluas kesalinghu­bungan 4G ke seluruh pelosok negara.

“Kami ingin menyediaka­n situasi ‘menang bersama’ yang bermanfaat bagi rakyat, kerajaan dan ekosistem digital keseluruha­nnya,” kata Idham.

 ??  ?? DIPERTINGK­ATKAN: Menjelang Februari 2021, Celcom menyasarka­n sejumlah 4.700 laman rangkaian, 49 peratus di kawasan bandar dan 51 peratus di kawasan luar bandar, akan ditingkatk­an dan dioptimumk­an dengan peningkata­n kapasiti, pemasangan peralatan 4G baharu dan program pengoptimu­man rangkaian teras.
DIPERTINGK­ATKAN: Menjelang Februari 2021, Celcom menyasarka­n sejumlah 4.700 laman rangkaian, 49 peratus di kawasan bandar dan 51 peratus di kawasan luar bandar, akan ditingkatk­an dan dioptimumk­an dengan peningkata­n kapasiti, pemasangan peralatan 4G baharu dan program pengoptimu­man rangkaian teras.
 ??  ?? TERKINI: Tapak menara jaringan Celcom dilengkapi dengan teknologi rangkaian akses radio terbaharu 4G, memperluas jangkauan liputan rangkaian 4G di kawasan bandar dan luar bandar.
TERKINI: Tapak menara jaringan Celcom dilengkapi dengan teknologi rangkaian akses radio terbaharu 4G, memperluas jangkauan liputan rangkaian 4G di kawasan bandar dan luar bandar.
 ??  ?? IDHAM
IDHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia