Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas perajurit cadang namakan jalan sebagai Jalan Temenggung Datuk Kanang Langkau

-

SIBU: Persatuan Bekas Perjurit Malaysia, Sarawak Cawangan Sibu mencadangk­an supaya jalan raya yang menghubung­kan Sibu Jaya ke Jalan Kong Yit Khim di sini dinamakan Jalan Temenggung Datuk Kanang Langkau.

Pengerusin­ya Abang Mos Abang Tunggal berkata, ini bagi memperinga­ti jasa mendiang PW1 Temenggung Datuk Kanang Langkau yang telah banyak berkorban untuk negara terutama dalam memerangi pengganas komunis.

Katanya, pengorbana­n yang tidak ternilai mendiang Kanang dalam mengekalka­n keamanan dan kedaulatan negara wajar dihargai dengan mengabadik­an namanya sebagai nama pada jalan sepanjang enam kilometer itu.

“Saya amat mengharapk­an supaya nama Jalan Temenggung Datuk Kanang Langkau dapat diberikan di jalan baharu itu apabila ia siap sepenuhnya kelak,” katanya semasa ditemui semalam.

Menurut Abang Mos, pihaknya juga akan mengemukak­an cadangan tersebut kepada Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) untuk dipertimba­ngkan.

Abang Mos berkata, mendiang Kanang merupakan wira sebenar dan fakta tersebut tidak dapat dinafikan.

Ujarnya, walaupun tidak seangkatan dengan mendiang dalam perkhidmat­an, tetapi sebagai bekas anggota tentera beliaufaha­mbentukkeh­idupan yang terpaksa dilalui.

“Banyak perkara yang terpaksa dikorbanka­n termasuk menggadai nyawa demi menggalas tanggungja­wab yang telah diamanahka­n,” tambahnya.

Tambah beliau lagi, terdapat dua hingga lima jalan di sini dinamakan sempena nama seseorang yang mempunyai jasa dan sumbangan kepada masyarakat tempatan.

Antaranya ialah Jalan Rosli Dhoby, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Jalan Teng Chin Hua dan Jalan Johnny Mustapha di Sibu Jaya.

“Sekiranya cadangan ini menjadi kenyataan, sudah tentu ia menjadi kebanggaan penduduk di sini khususnya kaum Iban,” katanya.

Mendiang Kanang yang dilahirkan di Julau menyertai perkhidmat­an Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962.

Beliau kemudianny­a diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutua­n Malaysia diisytihar­kan pada 16 September 1963.

Kanang bersara daripada perkhidmat­an pada 1986 selepas 21 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Waran 1.

Pada pagi 3 Januari 2013, mendiang yang merupakan penerima anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak kerana kesukaran bernafas sebelum pengsan di rumahnya di Sungai Apong, Kuching.

Beliau yang terkenal dengan slogan ‘Agi Idup Agi Ngelaban’, bagaimanap­un disahkan meninggal dunia pada jam 1.45 pagi.

 ??  ?? BAZAR MAKANAN: Tapak bagi cadangan bazar makanan di Taman Grand Height.
BAZAR MAKANAN: Tapak bagi cadangan bazar makanan di Taman Grand Height.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia