Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar makanan dirancang di Taman Grand Height, Jalan Hulu Lanang

-

SIBU: Kewujudan bazar makanan dilihat mampu mencerikan kawasan Taman Grand Height di Jalan Hulu Lanang pada sebelah malam.

Pengerusi Jawatankua­sa Pasar dan Penjaja Kecil Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Albert Tiang berkata, ada perancanga­n bagi mewujudkan bazar makanan di situ oleh Persatuan Penduduk Taman Grand Height.

“Sekiranya menjadi kenyataan, ini akan menjadi bazar pertama di sini. Persatuan terbabit juga telah menulis surat kepada MPS untuk kelulusan,” ujarnya.

Tiang berkata, persatuan mengemukak­an cadangan itu bagi menceriaka­n suasana pada waktu malam di Taman Grand Height selain berharap dapat menjana aktiviti ekonomi.

“Pada sebelah lewat petang atau malam, Taman Grand Height ini agak sunyi. Jika bazar ini berjaya nanti, persatuan percaya ia juga mampu menarik penduduk dari bandar berhampira­n,” jelasnya.

Selain itu ujar Tiang, beliau bersama ahli persatuan juga telah melawat tapak bagi bazar makanan itu yang terletak bersebelah­an Taman Hui Ning.

“Kita menyokong cadangan ini dengan syarat yang telah ditetapkan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Bazar ini akan beroperasi pada sebelah petang dan akan diuruskan oleh persatuan terbabit,” jelasnya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Grand Height Tiong Chong Ting berkata, sebagai permulaan mereka merancang membuka lebih 10 gerai yang menjual pelbagai jenis makanan.

“Tujuan kita adalah untuk menarik orang ramai ke Taman Grand Height bagi menceriaka­n kawasan ini pada waktu petang.

“Kita akan menulis surat kepada MPS berhubung cadangan dan SOP untuk diluluskan,” ujar Tiong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia