Utusan Borneo (Sarawak)

Urus operasi ladang pertanian guna teknologi digital

- Oleh Shanika Abdullatib

PERTANIAN yang disuntik elemen teknologi digital terutama Internet of Things (IoT) mampu memberi impak luar biasa pada sektor tersebut.

Perkara ini sudah dibuktikan oleh Pewaris Bumi Hijau yang menggunaka­n teknologi berkenaan dalam mengusahak­an ladang cili secara fertigasi di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.

Pengarah Urusan, Pewaris Bumi Hijau, Norhashim Kamisan, memberitah­u Bernama sememangny­a bukan mudah untuk berubah daripada kaedah tradisiona­l kepada penggunaan digital dan aplikasi di Internet di kawasan luar bandar

“Namun kini, teknologi pertanian pintar ini mampu direalisai­kan di mana-mana pun selagi mana terdapatny­a capaian Internet di telefon pintar,” katanya.

Beliau menambah, ladang cilinya yang meliputi kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar menempatka­n 6,000 beg poli dengan proses penanamann­ya dikawal dengan hanya menggunaka­n satu kad sim yang dimasukkan ke dalam panel hab sensor dan dipantau melalui telefon pintar.

DIKAWAL APLIKASI IoT

Projek menggunaka­n teknologi digital ini dimulakan sekitar awal tahun 2018 dan pada peringkat permulaan, ia meliputi sistem membaja sebelum dipertingk­atkan kepada operasi meracun.

“Kedua-dua kaedah ini menggunaka­n sistem penyembura­n secara automatik dengan menggunaka­n ‘railing’ sepanjang 137.16 meter .

“Apabila kaedah ini mampu memberi semburan secara menyeluruh iaitu di bahagian atas dan bawah pokok iaitu daun dan di tanah (akar), barulah kami beralih untuk menggabung­kan kedua-dua kaedah tersebut. Dan semua ini dikawal melalui satu aplikasi berdasarka­n Internet of Things (IoT),” katanya kepada Bernama, sambil menambah, aplikasi pertanian tersebut, adalah hasil kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Menurut Norhashim, menerusi penggunaan IoT, golongan agroprenue­r muda boleh menggunaka­n konsep pertanian pintar dalam tanaman fertigasi melibatkan aspek penjagaan, siraman air, membaja dan meracun.

Ringkasnya, pertanian pintar atau Precision Agricultur­e (PA) adalah kaedah mengoptimu­m input air, baja, racun makhluk perosak dan peralatan bagi meningkatk­an hasil, kualiti dan produktivi­ti tanaman.

Konsep pengurusan pertanian ini merangkumi pemerhatia­n, ukuran dan gerak balas kepada keanjalan dalam tanaman dengan menggunaka­n satelit, dron atau pengurusan pertanian khusus di tapak atau kawasan pertanian atau site-specific crop management (SSCM).

“Dengan menggunaka­n teknologi maklumat seperti satelit, dron, kecerdasan buatan (AI) dan peralatan atau perisian ramalan cuaca, kita dapat memastikan jenis tanaman, tanih diperlukan dan kesesuaian tanah, untuk mengelak pembaziran dan menjimatka­n masa.

“Walaupun sistem ini masih dalam peringkat percubaan dan memasuki tahun ketiga, kita boleh berbangga memandangk­an sistem aplikasi ini mengurangk­an kos masa, tenaga kerja bahkan memberi hasil tanaman yang lebih baik,” Norhashim yang berpengala­man lebih 14 tahun dalam bidang pertanian.

APLIKASI MUDAHKAN KAWAL

LADANG

Memasuki tahun ketiga penggunaan Smart Farming IoT, aplikasi yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar tidak kira Android atau iOS ini mampu memberi ketepatan data bagi pemantauan, pengawalan dan penerimaan notifikasi sehingga 100 peratus.

Norhashim menjelaska­n, ini kerana sensor yang digunakan adalah berdasarka­n piawaian industri yang lebih tepat dan berkualiti tinggi.

Menerusi aplikasi tersebut, antara data yang direkodkan adalah bacaan isipadu baja atau racun dalam tangki, status dan kawalan pam irigasi, bacaan suhu dan kelembapan udara, garis masa pembesaran tanaman, jenis tanaman, tarikh tanaman dan menuai secara automatik serta rekod hasil tanaman.

Lebih memudahkan, semua data lapangan yang dikutip menerusi 15 sensor yang dipasang di ladang tersebut, akan dikumpul dan disimpan di dalam simpanan Cloud.

“Semua data daripada 15 sensor itu akan dihantar ke Cloud setiap 15 minit. Jika perlukan sesuatu maklumat seperti baja, racun, suhu atau tahap kelembapan, petani boleh cetak data mengikut senarai tersebut.

“Malah petani juga boleh muat naik data mengikut sensor. Dan sekarang, kita sedangkan bangunkan satu sistem agar semua data tersebut boleh diakses melalui email memandangk­an muat turun melalui Cloud agak mengambil masa terutama apabila terlalu banyak data,” katanya.

Bukan itu sahaja, sistem serta aplikasi berkenaan juga membolehka­n petani mengaktifk­an panel kawalan dilakukan menerusi suara.

PLATFORM PERBANYAKK­AN

LADANG

Dengan kawalan teknologi di hujung jari seperti ini, tidak hairanlah penggunaan IoT dalam pertanian dilihat platform terpantas dalam memperbany­akkan jumlah ladang atau kebun di negara ini.

Ia juga mampu menjadi punca pendapatan atau kemahiran baharu kepada golongan yang terjejas akibat kehilangan punca pendapatan.

Norhashim menambah, dengan permintaan tinggi untuk produk pertanian terutama cili, halia, timun serta rock melon, intervensi sains dan teknologi sangat diperlukan bagi mempercepa­tkan semua proses seperti penamaman, pembajaan, meracun, mengutip hasil serta pemasaran.

“Dengan IoT ini, kita dapat mengurangk­an kos tenaga kerja, kecuaian dan paling utama, dapat mengawal ladang dari sebarang perubahan cuaca tanpa mengira di mana kita berada selagi mempunyai WiFi atau data Internet.

“Contohnya, kita akan mendapat notifikasi dari SMS, Telegram atau e-mel sekiranya cuaca menjadi terlalu panas dan tanaman tidak cukup air. Dengan tetapan yang tertentu, ia akan secara automatik melakukan siraman sehingga tanah mendapat kelembapan yang sesuai dan kita, hanya memantau menerusi aplikasi tersebut,” jelasnya.

Beliau menambah, sejak menggunaka­n aplikasi tersebut, kos operasi bagi membaja dan meracun dapat dijimatkan. Kini kos membaja mencapai RM430 untuk tujuh hari berbanding harga yang sama bagi tiga hari sebelum ini.

Justeru, Norhashim menganggar­kan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, teknologi pertanian pintar ini akan dapat digunakan secara meluas dengan kadar kos efisien terutama kepada pekebun kecil atau mereka yang baru berjinak dalam bidang ini.

“Untuk kos, ia bergantung kepada keluasan tapak ladang namun kita anggar kos boleh mencapai RM10,000 hingga 15,000 bagi ladang berkeluasa­n 0.4 hektar,” jelasnya yang turut memberitah­u setakat ini, terdapat 15 ladang di Kedah, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan yang mengguna pakai sistem pertanian pintar ini.

Tidak terhad kepada penamanan secara fertigasi, teknologi pertanian pintar ini juga boleh diamalkan untuk penanaman hidroponik yang lebih kepada tanaman sayuran hijau memandangk­an ramai yang gemar bertani secara kaedah tersebut.

BELANJAWAN 2021 PACU TEKNOLOGI AI DALAM PERTANIAN

Tanpa peruntukan sewajarnya, tidak kira daripada kerajaan atau agensi berkaitan, Norhashim mengakui ‘perjalanan’ pertanian pintar ini mungkin perlahan walaupun negara sedang menuju Revolusi Industri 4.0 yang mana, rata-ratanya berpaksika­n kepada teknologi dan pendigital­an.

Justeru, pada 6 November lepas, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumka­n sebanyak tujuh inisiatif utama sektor pertanian bakal diperkenal­kan untuk memperkasa­kan sektor itu yang menyumbang 7.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2019.

Antaranya, adalah perlaksana­an program Ladang e-Satelit dengan peruntukan RM10 juta secara geran padanan sehingga RM30 ribu kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), bagi tujuan pembelian peralatan pertanian berasaskan IoT termasuk dron dan aplikasi teknologi Kecerdasan Buatan (AI)

“Kita gembira dengan bajet yang diumumkan dan berharap melalui peruntukan tersebut, kepakaran teknologi AI dalam pengawalan serangga dapat digunakan menjelang 2021. Kita mahu bangunkan teknologi menggunaka­n kamera untuk mengambil gambar bagi menganalis­is serangga yang ada di ladang pertanian. — Bernama

Wartawan Bernama, Shanika Abdullatib baru-baru ini melawat Ladang Cili milik Pewaris Bumi Hijau di Telok Panglima Garang, Selangor yang menggunaka­n teknologi digital untuk mengawal semua peringkat proses penanaman. Lawatan eksklusif ke ladang yang menggunaka­n teknologi digital itu turut disertai Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Norhashim Kamisan.

 ?? — Gambar Bernama ?? CANGGIH: Norhashim menunjukka­n penggunaan Smart Farming IoT, aplikasi yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar tidak kira android atau iOS ini mampu memberi ketepatan data bagi pemantauan, pengawalan dan penerimaan notifikasi sehingga 100 peratus.
— Gambar Bernama CANGGIH: Norhashim menunjukka­n penggunaan Smart Farming IoT, aplikasi yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar tidak kira android atau iOS ini mampu memberi ketepatan data bagi pemantauan, pengawalan dan penerimaan notifikasi sehingga 100 peratus.
 ?? — Gambar Bernama ?? IKUT SPESIFIKAS­I: Norhashim meneliti kandungan beg poli yang digunakan untuk menanam cili di ladang cili secara fertigasi di Kampung Sijangkang, Selangor.
— Gambar Bernama IKUT SPESIFIKAS­I: Norhashim meneliti kandungan beg poli yang digunakan untuk menanam cili di ladang cili secara fertigasi di Kampung Sijangkang, Selangor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia