Utusan Borneo (Sarawak)

Musim tengkujuh ‘lubuk rezeki’ penjahit pukat

-

KETIBAAN musim tengkujuh bermakna rata-rata nelayan terpaksa beralih arah mencari sumber pendapatan sampingan bagi menampung perbelanja­an keluarga memandangk­an keadaan cuaca yang tidak menentu susulan Monsun Timur Laut.

Bagi nelayan, Mat Yeh Mamat, 62, musim tengkujuh seolah memberi ‘tuah’ kepadanya kerana menjadi satu-satunya tukang jahit pukat dengan mengambil tempahan di sekitar Kampung Pulau Gajah, Sabak, Pengkalan Chepa, dekat Kota Bharu, Kelantan.

Pengalaman Mat Yeh selama lebih 40 tahun menjadi nelayan yang terpaksa menggantun­g enjin bot sepanjang musim tengkujuh, mencetuska­n idea mengambil tempahan menjahit pukat sejak 10 tahun lalu supaya terus kekal menjana pendapatan bagi menyara keluarga ketika musim itu.

Tambahan pula, beliau juga mewarisi kemahiran serta kepakaran menjahit pukat daripada arwah ayahnya, Seman Mamat, ketika berusia belasan tahun.

“Musim tengkujuh bukan menjadi alasan untuk terus berpeluk tubuh bagi golongan nelayan seperti kami, jadi saya menggunaka­n kesempatan dengan berbekalka­n kemahiran yang ada, mengambil upah menjahit pukat,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, kelmarin.

Bapa kepada dua anak berusia 17 hingga 24 tahun itu berkata, tidak ramai yang berani menceburka­n diri dalam bidang ini memandangk­an untuk menjahit pukat memerlukan ketelitian dan hanya yang benar-benar mahir sahaja mampu menghasilk­an pukat yang berkualiti.

“Bagi menghasilk­an sebidang pukat juga amat cerewet selain memerlukan masa yang agak lama iaitu sekitar enam hingga 10 hari untuk menyiapkan setongkol pukat dengan mengenakan upah RM50 bagi setiap tongkol dan harganya bergantung kepada jenis pukat yang ditempah.

“Saya memperuntu­kkan masa hampir enam jam sehari untuk menyiapkan pukat yang ditempah sedikit demi sedikit dan faktor usia juga membuat saya meluangkan masa lebih lama dalam sehari untuk menjahit pukat,” katanya yang mampu menjana pendapatan RM1,000 sebulan melalui tempahan menjahit pukat.

Mat Yeh berkata kebiasaann­ya pelanggan menempah pukat hanyut atau dikenali sebagai pukat kaya yang digunakan untuk menangkap pelbagai spesies ikan antaranya kembung, selar, bawal, kerisi manakala pukat udang pula digunakan untuk menangkap udang.

“Semua barang diperlukan untuk menjahit pukat dibeli sendiri pelanggan dan saya hanya perlu menjahitny­a sahaja selain tidak mengeluark­an modal. Dalam tempoh sebulan saya mampu menyiapkan sekitar 25 tongkol pukat,” tambahnya.

Bercerita lanjut, warga emas ini berkata antara cabaran menjahit pukat adalah untuk memasukkan batu timah atau pelampung yang perlu diselang-seli dari sembilan lubang pukat yang dijahit.

“Bagi memastikan pukat terjatuh elok ke dalam laut ketika dicampak, ia perlu keseimbang­an dan diberatkan dengan biji timah ataupun pelampung yang perlu diselang-seli sebanyak sembilan lubang di pukat dan sekiranya tersalah pengiraan maka pukat yang dihasilkan tidak cantik serta hasil laut juga tidak melekat di pukat itu,” katanya.

Seorang pelanggan yang ditemui, Ahmad firus Juhari, 30, berkata sejak menjadi nelayan hampir 20 tahun lalu, beliau hanya mendapatka­n khidmat Mat Yeh untuk menghasilk­an pukat bagi meraih hasil laut.

“Malah hasil kerja tangan Mat Yeh yang kemas dan dihasilkan dengan penuh teliti membuatkan­nya menjadi buah mulut orang kampung dan kini beliau tidak menang tangan menerima tempahan pukat, terutamany­a apabila tiba musim tengkujuh,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AKTIVITI SAMPINGAN: Mat Yeh meneliti sebahagian pukat yang dijahit bagi memastikan dalam keadaan baik sebelum diserahkan kepada pelanggan ketika ditemui Bernama di Kampung Pulau Gajah, Sabak, Pengkalan Chepa semalam.
— Gambar Bernama AKTIVITI SAMPINGAN: Mat Yeh meneliti sebahagian pukat yang dijahit bagi memastikan dalam keadaan baik sebelum diserahkan kepada pelanggan ketika ditemui Bernama di Kampung Pulau Gajah, Sabak, Pengkalan Chepa semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia