Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Rakyat kecoh isu kesilapan kiraan undi

Kesilapan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya dalam pengiraaan undi cetus pertikaian

-

Ini perkara yang sangat penting walaupun ia tidak mengubah keputusan semalam (kelmarin), tetapi bagaimana kita nak pastikan bahawa kesilapan seperti ini tidak akan berulang. Takkanlah di Dewan Rakyat tidak ada sistem semak

” imbang.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Bebas-Muar

KUALA LUMPUR: Kesilapan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya dalam pengiraan undi belah bahagian Belanjawan 2021 untuk Kementeria­n Kewangan kelmarin mencetuska­n pertikaian dalam kalangan Ahli Parlimen pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Kesilapan itu bagaimanap­un, tidak mengubah keputusan undi belah bahagian itu yang meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2021 bagi Kementeria­n Kewangan di peringkat jawatankua­sa.

Perkara itu dimaklumka­n Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon selepas sesi soal jawab semalam melalui pemakluman Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dibacakan Mohd Rashid.

Shabudin yang bertindak sebagai penghitung undi belah bahagian bagi Blok C menyatakan beliau tersilap kira dalam senarai undi untuk blok itu dengan menandakan

Ahli Parlimen Padang Rengas bersetuju dalam senarai undi, sedangkan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak hadir semasa undian belanjawan Kementeria­n Kewangan kelmarin.

“Satu (undi) sahaja. Oleh itu saya meminta keputusan belah bahagian bagi Kepala B10, B11, B12, Anggaran Perbelanja­an Mengurus 2021 Kementeria­n Kewangan daripada 18 yang tidak hadir kepada 19 dan 107 ahli bersetuju kepada 106, manakala 95 ahli kekal tidak bersetuju,” katanya.

Beliau kemudian meminta Setiausaha Dewan supaya membetulka­n bilangan undi itu dan menyatakan perubahan undi itu tidak menjejaska­n keputusan undi belah bahagian bagi kementeria­n berkenaan.

Perkara itu menimbulka­n kekecohan hampir setengah jam yang menyaksika­n ratarata Ahli Parlimen blok pembangkan­g bangun menyuaraka­n bantahan dan rasa

tidak puas hati, menyebabka­n ‘gangguan’ kepada sesi perbahasan peringkat jawatankua­sa Belanjawan 2021 bagi Kementeria­n Luar.

Ada yang meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat membuat keputusan bagi memberi jaminan perkara itu tidak berulang dan ada yang bangun memohon undian belah bahagian dilakukan semula.

“Ini perkara yang sangat penting walaupun ia tidak mengubah keputusan semalam (kelmarin), tetapi bagaimana kita nak pastikan bahawa kesilapan seperti ini tidak akan berulang. Takkanlah di Dewan Rakyat tidak ada sistem semak imbang.

“Saya harap Speaker dan Timbalan Speaker akan mencari jalan agar ada sistem semak imbang supaya perkara sama tidak akan berulang,” kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (BebasMuar). Turut mempertika­ikan perkara itu RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mahu Ahli Parlimen yang membuat kesilapan dalam pengiraan undi belah bahagian itu diambil tindakan kerana menyifatka­nnya sebagai satu penipuan.

Hannah Yeoh (PH-Segambut) pula mencadangk­an agar undian belah bahagian peringkat jawatankua­sa Belanjawan 2021 bagi Kementeria­n Kewangan diadakan sekali lagi.

Shabudin yang bangun menjelaska­n perkara itu berkata beliau tidak berniat untuk menipu atau melanggar peraturan dewan.

“Saya tiada niat untuk tipu Dewan dan itu kalau dianggap sebagai satu kesalahan, saya dah maklumkan dengan ikhlas kepada Speaker. Saya tidak sembunyika­n perkara ini, saya dah mohon maaf kepada Speaker, terpulang pada Speaker,” katanya.

Fuziah Salleh (PH-Kuantan) kemudian bangun membacakan peraturan mesyuarat 47 (1) dan 47(2) berkaitan undi belah bahagian yang menyebut bahawa penghitung undi hendaklah bertanya pada tiap-tiap ahli pihak mana yang hendak diundinya.

“Kita faham setiap penghitung mesti bertanya, penghitung tidak boleh membuat andaian. Kalau penghitung blok Padang Rengas membuat andaian, bagaimana kami boleh yakin penghitung di blok lain di pihak kerajaan tidak membuat perkara yang sama...saya mohon ruling (keputusan) yang baharu,” katanya.

Mohd Rashid kemudian meminta Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati supaya membuat aduan dan usul secara rasmi, sebelum meneruskan persidanga­n dengan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankua­sa bagi Kementeria­n Luar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia